ads

Rabu, 15 Ogos 2012

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


sabahkini.net: MADAM TAN Vs OCPD <b>LAHAD DATU</b>?

Posted: 23 Jul 2012 05:04 PM PDT


Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN
WALAUPUN Ketua Polis Daerah Lahad Datu (OCPD), Seperintenden Samsuddin Mat bakal ditukarkan dalam rombakan kedua PDRM, namun bukanlah alasan bagi beliau untuk menutup mata kegiatan premis judi haram yang telah sekian lama dijalankan oleh Madam Tan, ikon judi paling popular di daerah yang mendapat jolokan Bandar Palma ini.
Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi meluahkan kekesalan berkenaan ketika menghubung Sabahkini.net lewat malam semalam melalui telefon bimbit setelah semua aduan dan laporan NGO Lahad Datu tidak diendahkan OCPD berkenaan.
"Hasil pemantauan kita selama lebih satu minggu, kita dapati Madam Tan begitu berpengaruh kerana bebas mengusahakan Pusat Judi Mesin Slot secara terbuka tanpa sebarang serbuan daripada pihak polis. Adalah mustahil OCPD tidak mengetahui premis ini kerana pelbagai pihak telah membuat aduan sebelum ini," kata Citra yang menjelaskan serbuan olok-olok hanya melibatkan premis lain kerana premis judi milik Madam Tan digelar 'The Untouchable'.
Kata Citra, Madam Tan begitu berpengaruh kerana mendapat suaka sebuah parti politik dan PDRM sehingga berjaya mengusahakan lebih sepuluh buah premis judi haram tanpa gangguan pihak berkuasa.
Sehubungan itu, Citra mendesak agar OCPD dan Unit D7 Bukit Aman turun padang bagi memantau kegiatan judi eksklusif di Lahad Datu bagi menangani gejala jenayah yang semakin tidak terkawal.
Bagi membuktikan kesungguhannya, Citra telah membuat laporan di Balai Polis Lahad Datu yang isi kandungannya seperti berikut;
"Pada lebih kurang jam11.00 pagi (21/07/2012) saya telah dihubungi oleh seorang rakan berkenaan premis judi mesin slot tanpa lesen yang kononnya dimiliki oleh individu bernama Madam Tan telah beroperasi sekian lama di sekitar Bandar Lahad Datu. Antaranya dekat KFC (sebahagian gambar lokasi telah dilampirkan) dan difahamkan juga Madam Tan begitu berleluasa membuka sehingga melebihi sepuluh premis tanpa sebarang gangguan dari pihak berkuasa. Oleh itu saya bagi pihak AMK (Angkatan Muda Keadilan) Negeri Sabah datang ke Balai Polis untuk membuat laporan agar Ketua Polis Lahad Datu mengambil tindakan ke atas premis yang dimiliki oleh Madam Tan kerana ia boleh menimbulkan gejala yang tidak sihat kepada masyarakat Lahad Datu. Tujuan laporan ini dibuat untuk diambil tindakan serta merta agar ianya boleh mengurangkan kadar jenayah dan keselamatan awam akibat aktiviti perjudian seumpama ini."

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved