ads

Khamis, 26 Julai 2012

10 di tuaran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


sabahkini.net: RAMADAN KONTANG <b>DI TUARAN</b>?

Posted: 25 Jul 2012 11:51 PM PDT


TUARAN: Para penduduk di Kampung Giling Laut, Tuaran, dekat sini, merayu kepada pihak Jabatan Air agar mengambil tindakan segera terhadap masalah ketiadaan bekalan air di kampung mereka yang masuk hari kelima semalam.
Seorang penduduk prihatin yang hanya ingin dikenali sebagai Din, 38 tahun, berkata setiap rumah sebanyak kira-kira 200 buah di kampung itu mendapat bekalan air melalui paip besar dari loji penapisan air Telibong, Tamparuli.
Katanya, beliau telahpun membuat aduan beberapa kali kepada Juruteknik Jabatan Air di daerah tersebut dan telah dijanjikan penyambungan semula bekalan air pada Isnin namun, sehingga petang kelmarin masih belum ada air.
Juruteknik yang dikenalinya sebagai Abdullah Osman itu memaklumkan bahawa masalah yang berlanjutan tersebut dikatakan berpunca daripada projek pembaikan kebocoran paip di Kampung Lakang, Tamparuli menyebabkan kebanyakan kawasan termasuk Kampung Giling Laut juga terlibat.
"Sepatutnya jika mereka tahu bahawa masalah itu akan berlanjutan sehingga lima hari, perlu difikirkan inisiatif lain seperti penghantaran air melalui lori dari rumah ke rumah atau setidak-tidaknya mungkin sumber lain yang kami boleh pergi untuk mendapatkan air.
"Kami punya anak-anak kecil yang mahu ke sekolah, yang mahu makan dan minum, tetapi hal sedemikian nampaknya tidak difikirkan oleh pihak berkenaan, sehinggakan ramai penduduk kampung ini yang terpaksa menggunakan perahu untuk ke kampung berhampiran (Kampung Giling Tengah) semata-mata untuk mendapatkan sumber air," jelas bapa kepada 3 anak itu.
Menurut Din, oleh kerana tidak ada perigi langsung di kampung itu, beliau terpaksa mengangkut air dari Taman Sri Rugading menggunakan gelen kosong untuk keperluan mandi anaknya yang bersekolah.
"Kalau untuk minum, kebanyakan kami terpaksa membeli air dari mesin menjual air yang terdapat mana-mana di kawasan pekan.
Lebih menyedihkan, isteri beliau yang baru bersalin sebulan lepas juga terpaksa melalui situasi sedemikian, selain beberapa keluarga lain yang turut mempunyai anak-anak kecil.
"Mungkin ada di antara penduduk termasuk saya sendiri ada menyimpan air dalam tong-tong air sebagai bekalan tetapi kalau sudah sampai lima hari, mana cukup untuk menampung keperluan harian sekeluarga apatah lagi mereka yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang ramai," keluh Din.
Katanya, beliau juga ada menghubungi Penolong Pegawai Daerah Tuaran, Abdullah Sani dan memaklumkan permasalahan itu, dan pegawai itu berjanji untuk memaklumkannya kepada pihak Jabatan Air segera.
Justeru, beliau menggesa pihak Jabatan Air agar mempercepatkan penyambungan semula bekalan air di kawasan itu sebelum terjadi sebarang perkara yang tidak diingini.
Beliau turut menggesa para pemimpin tempatan termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Ketua Kampung agar memberi perhatian serius mengenai isu ketiadaan air di kampung itu untuk difikirkan cara penyelesaiannya pada masa-masa akan datang.(ST)

Gejala Kekurangan Bekalan Air Masaalah Utama <b>Di Tuaran</b>

Posted: 26 Jul 2012 09:30 AM PDT

Isu ketiadaan bekalan air berseh di Tuaran ketika bulan ramadan ini seakan-akan sudah menjadi trend di daerah tersebut. Tahun lalu dan dalam bulan yang sama penghuni perumahan Taman Sri Rugading mengalamai masaalah tragedi kekurangan air sehingga penduduk disana dikatakan terpaksa membeli air 'mineral' dari penjaja yang menyediakan khidmat tersebut.
Dalama masa itu, mereka terpaksa memohon untuk di Kasihani dan merayu untuk mendapat keperihatin sikit serta jasa baik dari YB datuk Hajiji selaku ADUN kawasan Sulaman merangkap Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Sabah agar dapat menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera.
  • Tahun ini giliran Kg Giling Laut pula yang berhadapan dengan masaalah yang sama sehinggakan para penduduk di Kampung tersebut terpaksa merayu kepada pihak Jabatan Air agar mengambil tindakan segera terhadap masalah ketiadaan bekalan air di kampung mereka yang masuk hari kelima semalam.
  • Dalam isu ketiadaan bekalan air di Kg Giling laut ini, seorang penduduk Kg tersebut yang dikenali sebagai Din, 38 tahun, berkata setiap rumah sebanyak kira-kira 200 buah di kampung itu mendapat bekalan air melalui paip besar dari loji penapisan air Telibong, Tamparuli.
  • Katanya, beliau telahpun membuat aduan beberapa kali kepada Juruteknik Jabatan Air di daerah tersebut dan telah dijanjikan penyambungan semula bekalan air pada Isnin lalu, namun sehingga petang kelmarin masih belum ada air.
Juruteknik yang dikenalinya sebagai Abdullah Osman itu memaklumkan bahawa masalah yang berlanjutan tersebut dikatakan berpunca daripada projek pembaikan kebocoran paip di Kampung Lakang, Tamparuli menyebabkan kebanyakan kawasan termasuk Kampung Giling Laut juga terlibat.
Kata Din selanjutnya, sepatutnya jika mereka tahu bahawa masalah itu akan berlanjutan sehingga lima hari, perlu difikirkan inisiatif lain seperti penghantaran air melalui lori dari rumah ke rumah atau setidak-tidaknya mungkin sumber lain yang kami boleh pergi untuk mendapatkan air.
  • "Kami punya anak-anak kecil yang mahu ke sekolah, yang mahu makan dan minum, tetapi hal sedemikian nampaknya tidak difikirkan oleh pihak berkenaan, sehinggakan ramai penduduk kampung ini yang terpaksa menggunakan perahu untuk ke kampung berhampiran (Kampung Giling Tengah) semata-mata untuk mendapatkan sumber air," jelas bapa kepada 3 anak itu.
  • Menurut Din, oleh kerana tidak ada perigi langsung di kampung itu, beliau terpaksa mengangkut air dari Taman Sri Rugading menggunakan gelen kosong untuk keperluan mandi anaknya yang bersekolah.
  • "Kalau untuk minum, kebanyakan kami terpaksa membeli air dari mesin menjual air yang terdapat mana-mana di kawasan pekan.
  • Lebih menyedihkan, isteri beliau yang baru bersalin sebulan lepas juga terpaksa melalui situasi sedemikian, selain beberapa keluarga lain yang turut mempunyai anak-anak kecil.
  • "Mungkin ada di antara penduduk termasuk saya sendiri ada menyimpan air dalam tong-tong air sebagai bekalan tetapi kalau sudah sampai lima hari, mana cukup untuk menampung keperluan harian sekeluarga apatah lagi mereka yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang ramai," keluh Din.
  • Katanya, beliau juga ada menghubungi Penolong Pegawai Daerah Tuaran, Abdullah Sani dan memaklumkan permasalahan itu, dan pegawai itu berjanji untuk memaklumkannya kepada pihak Jabatan Air segera.
Justeru, beliau menggesa pihak Jabatan Air agar mempercepatkan penyambungan semula bekalan air di kawasan itu sebelum terjadi sebarang perkara yang tidak diingini.
Beliau turut menggesa para pemimpin tempatan termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Ketua Kampung agar memberi perhatian serius mengenai isu ketiadaan air di kampung itu untuk difikirkan cara penyelesaiannya pada masa-masa akan datang.
Selain dari itu, fenomena kekurangan bekalan air di beberapa buah kampung saperti Kg Kindu, Kg Serusup dan kampung-kampung yang berhampiran maseh belum diselesaikan.
Sumber: SabahKini, Agensi

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved