ads

Rabu, 11 Julai 2012

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Pencari Kotak Jumpa Duit RM133,300 <b>Di Tawau</b> | Anjung Maya

Posted: 09 Jul 2012 03:41 AM PDT

TAWAU: Seorang pencari kotak terbuang di sini terperanjat selepas mendapati salah satu kotak yang ditemuinya mengandungi wang tunai berjumlah RM133,300 sebaik membuka kotak terbabit di rumahnya di Batu 5 Jalan Apas.
Menurut lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemandu lori, Bahar Rauf, 55, beliau seakan tidak percaya dengan kejadian itu hingga membuatkannya memanggil ahli keluarganya untuk mengesahkan wang tunai yang ditemuinya.
"Saya berasa pelik kerana kotak itu agak berat berbanding kotak lain, dan selepas membukanya pula saya terkejut kerana terdapat tiga bungkusan besar yang mengandungi wang tunai di dalamnya," katanya di sini kelmarin.
Menariknya, walaupun menemui wang dengan jumlah yang agak besar sedemikian, Bahar bertekad untuk menyerahkan wang itu kepada pihak polis di IPD Tawau pada Jumaat lepas untuk dikembalikan kepada pemilik asal.
Menceritakan pengalamannya pada hari kejadian dan rutin hariannya pula, beliau berkata dia sekadar menjalankan rutin hariannya mengelilingi pusat bandar mencari kotak-kotak terbuang untuk dijual pada hari berkenaan.
"Kotak-kotak kosong yang saya kutip dijual kepada kilang barangan lusuh sebagai pendapatan sampingan semenjak lima tahun lalu lagi," katanya sambil mengakui rutin itu dilakukannya setiap kali habis waktu kerja sekitar jam 6.30 petang.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin yang dihubungi pula mengesahkan mengenai kes itu dan memaklumkan bahawa wang terbabit telahpun diserahkan kepada pemilik asalnya.
Mengulas lanjut, Ibrahim memuji kejujuran dan sikap amanah Bahar kerana tidak mengambil kesempatan walaupun menemui wang dengan jumlah yang agak besar sedemikian.-theborneopost

Related Posts

No related posts found

Tags: , , , ,

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved