ads

Ahad, 1 Julai 2012

10 di kota marudu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


Ziarah PSS dan KRU <b>Kota Marudu</b> ke Kg. Parong ~ Persatuan <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2012 06:31 AM PDT


Alhadmulillah… syukur ke atas nikmat yang diberikan peluang & ruang pada kami.
       31 Mei yang lalu,Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) dan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) kawasan Kota Marudu telah mengadakan aktiviti Ziarah Kampung Angkat (Kg. Parong). Aktiviti yang disertai oleh ahli KRU dan PSS seramai 24 orang yang diketuai oleh ahli PSS, Shamsul.     
         Rombongan kami bertolak dari Masjid At-taqwa sekitar jam 07:30 pagi dengan menggunakan empat buah kereta. Perjalanan yang mengambil masa selama setengah jam untuk sampai ke Kg. Parong. Rombongan kami tiba di perkarangan surau Kg. Parong tepat pada jam 08:00 pagi dan mendapat sambutan yang sangat baik & mengalakkan daripada penduduk kampung. Ziarah tersebut bermula dengan sesi ta'aruf atau berkenalan dan bersarapan bersama penduduk kampung.
          Setelah selesai bersarapan,penduduk kampung bersama ahli KRU dan PSS bersama-sama menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan surau dan kawasan persekitaran surau kampung yang juga merupakan kawasan perkuburan penduduk Islam. Sementara itu,ahli KRU yang lain,mengajar kanak-kanak di kampung tersebut membaca doa-doa harian dan adab-adab dalam kehidupan harian. Pada jam 09:40 pagi, sesi dokumentari mengenai permasalahan yang berlaku oleh penduduk kampong serta sukaneka untuk kanak-kanak bawah 12 tahun berjalan dengan ceria & mendapat respon yang baik dari penduduk Kampung.
        Sekitar jam 10:40 pagi,kami bersama penduduk kampung bersama-sama menyaksikan tayangan video yang bertajuk Khalifah Umar untuk menjelaskan ciri-ciri sebenar seorang pemimpin Islam. Tazkirah mengenai adab-adab harian juga diberikan daripada wakil PSS.
      Jam 12:15 tengah hari kami bersama-sama penduduk Kg. Parong menikmati makan tengah hari. Setelah itu, menunaikan solat zuhur berjemaah serta diberi sedikit tazkirah mengenai silaturrahim yang disampaikan daripada wakil PSS kepada penduduk kampung serta ahli KRU.
     Tepat jam 02:00 petang, sesi penyampaian hadiah kepada kanak-kanak yang menyertai sukaneka dan penyampaian cenderahati kepada wakil penduduk Kg. Parong .Wakil penduduk Kg, Parong dan wakil PSS juga diberi kesempatan untuk memberikan sedikit ucapan kepada semua yg terlbat. Selain itu,kami juga sempat memberikan sedikit sumbangan barangan terpakai yang dikumpulkan untuk penduduk kampung.
Berkongsi sesuatu dengan jiwa-jiwa muda di sana
         Sebelum aktiviti berakhir,sesi bergambar bersama penduduk Kg. Parong dan lambaian ukhuwwah  berjalan. Tepat jam 02:30 petang aktiviti berakhir dan penduduk kampung pulang ke rumah masing-masing. Kami juga bertolak pulang ke Masjid At-taqwa. Sesungguhnya ziarah ini banyak memberikan kesan positif serta pengalaman baru kepada kami disamping mengeratkan silaturrahim sesama saudara sesame Islam.
Saat gembira bersama mereka
Ketekunan adik-adik melukis

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved