ads

Khamis, 5 Julai 2012

10 di kinabatangan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Kekurangan prasarana sukan menghalang kemajuan atlit <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 04 Jul 2012 08:38 PM PDT



"Saya fikir zaman melihat atlet sukan sekolah-sekolah bertanding berkaki ayam sudah lama berakhir, tetapi hari ini masih berlaku di dalam daerah Kinabatangan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mempersoalkan keupayaan atlet daerah itu ke arah melahirkan jaguh-jaguh sukan negeri dan kebangsaan pada masa akan datang.
Katanya, semua pihak harus berganding bahu dalam merobah isu 'ketinggalan' zaman itu, manakala beliau dan rakan-rakan pimpinan lain berusaha memperjuangkan hasrat rakyat memiliki sebuah Kompleks Sukan di daerah ini.
Berucap merasmikan Penanguhan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Peringkat Daerah Kinabatangan kali ke 53 di padang SMK Pekan di sini, Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah itu mahu seluruh rakyat di daerah ini memberikan sokongan padu terhadap hasrat memiliki sebuah kemudahan penting untuk kepentingan generasi belia itu.
"Soalnya bagaimana daerah ini melahirkan jaguh-jaguh sukan yang berjaya. Kedudukan prestasi atlet dari sini terus tercorot sekian lama.  sudah tentu ia berpunca dari banyak kelemahan kita, termasuklah kemudahan kompleks sukan  sedemikian belum dapat disediakan.
"Kita memang rasa sedih kerana daerah Kinabatangan berupaya menghasilkan sejumlah RM6 bilion ringgit cukai daripada bidang perladangan kelapa sawit setahun. Tetapi apa alasan kerajaan untuk tidak memperuntukan keperluan ini yang paling besar sekitar RM30 juta bagi menjadikannya kenyataan," kata Saddi yang mendapat sorakan padu pelajar dan guru-guru pada majlis itu.
Majlis perasmian itu turut dihadiri oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan, Encik Amdan Asim, Encik Albert Bayoi, Pengetua SMK Sukau selaku Pengerusi Penganjur kejohanan tersebut.
Saddi berkata, keperluan sebuah mini kompleks sukan itu bukan saja kepada golongan pelajar untuk menjadi venu penting melahirkan jaguh-jaguh pelbagai bidang sukan, tetapi kalangan belia dan masyarakat umum bagi landasan melahirkan sebuah kehidupan yang sihat dan berkualiti ke arah menjayakan pembangunan negara.
Menurut Saddi, Isu ketiadaan kemudahan berkenaan sudah menjadi antara fokus keutamaan beliau untuk disuarakan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri, sebagaimana isu kekurangan kakitangan sokongan dan kemudahan logistik Pejabat Belia dan Sukan dalam Daerah Kinabatangan.
Pada sidang dewan berkenaan, beliau secara  detail menyampaikan perkara itu kepada Menteri Belia dan Sukan tetapi hairan mengapa isu-isu berkenaan belum mendapat keutamaan.
"Rakyat di daerah jangan merasa hampa. Selagi diberikan amanah saya akan menyuarakan semua perkara ini, demi kepentingan rakyat dan generasi belia di kawasan ini," katanya.
Saddi kemudian mengajak guru-guru dan pelajar di empat buah sekolah menengah dan lebih 10 buah sekolah rendah di kawasan ini supaya menukar imej kejohanan MSSD ini kepada tahap yang lebih tinggi pada kejohanan akan datang, demi menggambarkan imej pembangunan rakyat di kawasan ini.
"Saya mahu, kalau boleh kejohanan ini bukan saja akan lebih Meriah, tetapi dihadiri oleh ibu bapa dan kakitangan kerajaan di peringkat daerah ini. Kerana ianya bertaraf peringkat daerah.
"Berusahalah kita menukar imej atlet sukan sekolah-sekolah berkaki ayam kepada yang memiliki kasut sukan. Pihak penganjur boleh bertemu para pemimpin di kawasan ini termasuk saya.
"Ianya bukan pasal wang dan sebagainya, tetapi mau tidak mau kita kena juga berusaha untuk kebaikan para pelajar ini. Mereka ini adalah modal insan 'kita'," katanya dibalas oleh sorakan ramai.
Katanya, isu atlet sekolah berbaki ayam dan keperluan membina sebuah kompleks sukan itu akan menjadi antara agendanya pada mesyuarat Tindakan Daerah untuk terus diperjuangkan.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved