ads

Isnin, 9 Julai 2012

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


PAS mahu bina sebuah masjid <b>di Keningau</b> pula | :: cina islam | 2012 ::

Posted: 07 Jul 2012 09:52 PM PDT

19 Syaaban 1433H. [MOD] -

(Tuan Ibrahim dan rombongan melihat tapak Masjid yang hendak dibina di Kampung Batu Luguyan, Pensiangan, Keningau)

KENINGAU: Selepas berjaya membina sebuah surau untuk sebuah pulau di Sandakan, misi dakwah PAS dikembangkan ke Keningau pula.

Kali ini, PAS melalui Lajnah Penerangannya, mahu membina sebuah masjid di Kampung Batu Luguyan, Pensiangan, Keningau, Sabah.

Semalam, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama rombongannya melihat tapak masjid itu bersama Ketua Penerangan PAS Sabah, Hishamudin Sulaiman.

Sebelum ini, melalui sumbangan orang ramai, PAS berjaya membina sebuah surau di Pulau Shanghai, setengah jam menaiki bot dari Sandakan.

Surau yang menelan belanja RM60,000 itu satu-satu surau yang berada di pulau itu walaupun banyak rumah PPRT yang dibina oleh kerajaan BN.

Kini, PAS sedang berusaha untuk membina sebuah masjid di kawasan pendalaman pula.

"Di kampung ini, masyarakatnya bercampur antara Islam dan Kristian. Mereka hidup dengan aman kerana mereka bersaudara mara antara satu sama lain.

"Namun yang menjadi masalahnya tiada surau di sini sedangkan ada dua buah gereja di kampung ini," kata Hishamudin, Ketua Penerangan PAS Sabah yang tinggal di Keningau.

Menurutnya, sumbangan boleh disalurkan melalui Pensiangan Muslim Care (Maybank 560090100246).

(Menyumbangkan bola sepak untuk anak muda)

Kampung Batu Luguyan terletak di bawah DUN Sook dan kawasan Parlimen Pensiangan. Kedua-dua wakil rakyat kawasan ini dari PBRS dan beragama Kristian iaitu Tan Sri Joseph Kurup (Pensiangan) dan Datuk Allaron Angin (Adun Sook).

Dalam ekpedisinya ke Keningau kali ini, Tuan Ibrahim turut melawat sekolah dan bertemu dengan penduduk tempatan.

Semasa meninjau Sekolah kebangsaan Tuarid Taud, Keningau yang terletak 5 km dari pusat pekan Keningau, kedaifan sekolah tersebut jelas kelihatan.

Pondok pengawal yang usang dan ada sebahagian pelajarnya bawah khemah sejak satu tahun lalu.

Ada juga kelas sementara yang dibina hasil sumbangan ikhlas guru guru dan inisiatif PIBG sekolah itu. Ia dibina untuk menyelesaikan masalah pelajar yang belajar di bawah khemah.

Beliau juga meninjau bangunan baru yang saisnya 20 x 20 kaki yang akan menempatkan pelajar serai 30 orang satu kelas.

Ia sudah siap tetapi letrik belum disambung walau telah berbulan siap.

"Apakah benar kelas sekecil ini ni bernilai RM170,000 sebagaimana yg dihebahkan," soal Tuan Ibrahim.

Rombongan Tuan Ibrahim juga sempat bertemu dengan anak muda di Keningai. Beliau dan rombongan di sambut meriah di situ.

Sebagai tanda mata beliau sempat menghadiahkan bola sepak untuk kegunaan mereka.

Kunjungan beliau ke kampung-kampung Melayu juga mendapat sambutan yang meriah dari mereka.

Beliau diberikan kepercayaan untuk bertahnik tiga orang bayi di kampung itu.

harakahdaily/-


0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved