ads

Rabu, 11 Julai 2012

10 di beluran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Shafie Nor: 10 kampung <b>di Beluran</b> bakal nikmati bekalan elektrik

Posted: 08 Jun 2012 09:43 PM PDT

TELUPID, SABTU, 09 Jun, 2012: Penduduk di 10 kampung di daerah ini bakal menikmati bekalan elektrik menerusi pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Sambungan Talian Grid Zon Enam Sabah. 
Ketika mengumumkan perkara itu, Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee, berkata projek tersebut diluluskan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi tempoh pelaksanaan bermula tahun ini hingga tahun depan.
Katanya, kampung tersebut adalah Kolopis Laut, Muanad 2, Muanad 3, Manduring, Dantun Hujung, Tambalang-Balang, Lidong, Penimbanan, Lubuk Dungun 2 dan Rumidi Lama.
Beliau berkata, ini adalah komitmen kerajaan untuk memberi kemudahan asas di kampung di luar bandar yang belum menikmati bekalan elektrik. 
"Usaha ini akan dilaksanakan berterusan kerana kerajaan menyedari masih banyak kampung khususnya di daerah ini belum menikmati kemudahan tersebut," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan di Kampung Barayong dekat sini, malam tadi. 
Ronald, yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, berkata pelaksanaan projek itu sejajar dengan komitmen kementerian terbabit di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara. 
Katanya, pelaksanaan projek itu menepis dakwaan parti pembangkang yang pada masa sekarang giat masuk ke kampung luar bandar di daerah ini dan menjaja isu pembangunan untuk meraih sokongan. 
Beliau berkata, kerajaan tidak bercakap kosong dalam melaksanakan pembangunan berkaitan penyediaan bekalan asas berbanding pembangkang yang hanya pandai bercakap serta berjanji kosong. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved