ads

Jumaat, 22 Jun 2012

di negeri sabah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Bercuti <b>di Negeri Di</b> Bawah Bayu <b>Sabah</b>...Hari Kedua

Posted: 03 Jun 2012 06:33 PM PDT

Pagi-pagi pergi sarapan sebuah kedai Muslim Sabah seawal jam 7.00 pagi…. Solat subuh kat Sabah ni pukul  4.30 pagi lebih kurang gitulah….pukul 6.00 pagi dah terang benderang…tak terfikir pun masa tu nak ambil gambar….sebab kawasan kedai sunyi…lalu kat Hotel Le Meridian…kedai-kedai masih tutup lagi kecuali kedai makan.
Lepas makan balik hotel…sampai terlelap - lelap…menunggu nak  keluar  tengok Pesta Kaamatan. Terus terang saya memang tak tau dan tak pernah tengok…yang saya tau pasal pesta ni diraikan sempena menuai padi itu saja….
Sampai kat tapak Pesta…saya tak tau nama tempat tu…terlupa nak tanya…rasanya di Penampang, dah penuh dengan orang ramai…kereta dah memenuhi bahu jalan kiri dan kanan….Kena buat u turn….van turunkan kami…depan pintu gerbang….

Banyak betul gerai jualan…. gerai makan tak payah cakaplah…memang sebanyak-banyaknya….Cuma tak tau muslim atau tak muslim aje….


Kami merayau tengok apa kebenda Pesta ni….dari satu pondok ke satu pondok…banyak rumah tradisi suku kaum turut di didirikan di tapak pesta….Cuma yang tak sedap mata dan hati melihat, kebanyakkan di taja oleh air berbuih tu…terkujat jugalah tengok…banner, payung semua lambang dan tulisan macam-macam brand ada bah!! Aduyaiiii!!!!...

Selain dari rumah tradisi suku kaum di Sabah, turut dipertunjukkan tarian dan muzik tradisional suku kaum Sabah....saya tau Sumazau tu je...


Kami pergi ke gerai-gerai menjual cenderahati, aksesori…nak beli buat kenang-kenangan….




Sambil jalan-jalan tu…cuaca pulak makin lama makin panas…orang pulak makin berduyun-duyun….kami cari tempat berteduh..mana ada kerusi nak duduk…tak habis pusing pun…last-last pergi gerai makan…dari satu gerai ke satu gerai….akhirnya kami singgah gerai…penjualnya wanita bertudung..kalau tak bertudung tu…tak tau dia muslim ke tidak…sebab muka dia orang seakan sama je…tak boleh nak beza….



Lepas makan….kami merayau lagi…cuaca panas…akhirnya kami berteduh depan pintu gerbang…pintu masuk ke Pesta..





Tunggu van datang ambil kami…..lepas ni nak pergi tengok Rumah Terbalik di Tamparuli…. Rumah Terbalik??????
Sampai depan rumah terbalik dah tengahari , panas terik.. saya dan anak-anak tengok rumah tu dari dalam van je…tak sanggup nak beratur beli tiket…ramai orang tengah beratur dalam barisan yang panjang …..cuaca pulak panas sangat-sangat….



Bila tengok barisan yang panjang tu…masing-masing pakat nak balik…ingat nak check in kat Mount Kinabalu Heritage Resort & SPA (penginapan untuk kami malam ni)….rupa -rupanya..pemandu (namanya Ard , orang muda) bawa ke  Taman Mata Air Panas Poring.
Nanti saya sambung lagi cerita di Poring...InsyaAllah...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved