ads

Ahad, 3 Jun 2012

10 di tambunan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


Gerbang Maya: KOLEJ KDM BUKTI BUMIPUTERA SABAH DIHARGAI

Posted: 31 May 2012 12:24 AM PDT


Pairin (kiri) melakukan gusti lengan dengan Ketua Menteri, Datuk Musa Aman, salah satu acara sukan tradisi sempena Pesta Kaamatan.
Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata kerajaan pusat sudah memberi persetujuan untuk membina Kolej Kadazandusun dan Murut (KDM) di Kaingaran, Tambunan.
Katanya, ini membuktikan bahawa kepentingan masyarakat Bumiputera di Sabah tidak dipinggirkan daripada arus pembangunan.
Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata majlis pelancaran pecah tanah bagi kolej akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal Jun ini.
"Pelaksanaan projek ini membuktikan kerajaan persekutuan dan negeri sentiasa memberi sokongan untuk memajukan kaum Kadazandusun dalam agenda pembangunan negara selain penganjuran Pesta Kaamatan," katanya.
Berucap pada majlis pelancaran sukan tradisi sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2012 yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman di perkarangan Hongkod Koisaan di sini, Pairin berkata, cadangan penubuhan kolej itu dibuat oleh Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun dan Murut Sabah (Pekadin).
Beliau juga berkata, kerajaan pusat mengagihkan peruntukan yang besar bagi mempercepatkan proses pembangunan agar Sabah terus maju seiring dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.
Katanya, usaha itu termasuk membina dan menaiktaraf jalan kampung melalui program Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang membabitkan kos RM2.3 bilion.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved