ads

Selasa, 12 Jun 2012

10 di beluran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Bekalan elektrik 24 jam <b>di Beluran</b>

Posted: 16 Mar 2012 04:03 PM PDT

BELURAN 16 Mac – Seramai 62 peserta Skim Bantuan Pendawaian Luar Bandar (ARWS) Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) di Kampung Ulu Muanad, Beluran kini menikmati bekalan elektrik 24 jam sehari bermula bulan ini

Pengarah Urusan SESB, Ir. Abd. Razak Sallim berkata, penduduk berkenaan telah menandatangani perjanjian bekalan elektrik dengan SESB pada 29 Februari lalu bagi membolehkan mereka menikmati kemudahan tersebut.

Selain itu katanya, sebuah kaunter pendaftaran bergerak juga dibuka di kampung berkenaan bagi mempercepat urusan penyambungan bekalan elektrik baru di kawasan berkenaan.

"Skim ini dilancarkan sejak April tahun lalu khusus bagi membantu golongan tidak berkemampuan di kawasan luar bandar membuat penyambungan bekalan elektrik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

SKMM akan bina 20 menara selular berkuasa tinggi <b>di Beluran</b> <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2012 02:32 PM PST

by NOORASVILLA MUHAMMA. Posted on March 6, 2012, Tuesday

BELURAN: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membina 20 menara selular berkuasa tinggi di Beluran dalam usaha memperluaskan liputan telekomunikasi di daerah itu.

Pengarah SKMM Wilayah Sabah dan Labuan, Bukhari Yahya, berkata pihak SKMM kini dalam proses penilaian tender sebelum pembinaan menara terbabit mulai dilaksanakan.

"Selain itu, terdapat dua lagi menara untuk perkhidmatan yang sama sudah siap dibina di daerah ini dan kini dalam proses pemasangan elektronik sebelum ia mulai beroperasi.

"SKMM juga akan membangunkan lebih banyak kampung yang mempunyai kemudahan internet tanpa wayar (wifi) untuk membolehkan penduduk di kawasan luar bandar di daerah ini mengakses dunia tanpa sempadan dengan mudah," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Komputer 1Malaysia kepada 1,000 penerima yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee di Dewan Serbaguna Beluran, kelmarin.

Menerusi penyediaan lebih banyak kemudahan telekomunikasi dan internet di kawasan luar bandar, beliau berharap masyarakat setempat dapat memanfaatkannya untuk meningkatkan taraf kehidupan masing-masing.

Ia termasuk memulakan perniagaan atau mempromosikan produk yang dihasilkan penduduk secara dalam talian (online).

"SKMM menggalakkan penduduk yang ada mengusahakan perniagaan seperti menghasilkan produk pelancongan ataupun hasil laut untuk mempromosikan barangan mereka melalui alam maya.

"Mereka cuma perlu memaklumkan pihak SKMM melalui Pejabat Parlimen atau Pejabat Daerah untuk kami menganjurkan kursus dan latihan yang berkaitan kepada penduduk yang berminat," katanya.

Warga emas rentung dalam kebakaran <b>di Beluran</b> - Home

Posted: 22 Jan 2012 09:20 PM PST

BELURAN: Seorang warga emas mati rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Cinabutan, Jalan Sapi Nangoh di sini malam tadi.

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan, Alias Abu, berkata mangsa dikenali sebagai Domine Tuati berusia 75 tahun.

Katanya, mengikut laporan yang diterima, ketika kejadian dua lagi keluarga mangsa iaitu anak perempuan dan cucunya tidak berada di rumah tersebut kerana keluar ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

"Sebuah jentera bersama empat anggota ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 11.38 malam.

"Bagaimanapun, lokasi kejadian yang jauh menyebabkan anggota bomba hanya tiba di tempat kejadian kira-kira 2.45 pagi dan mendapati rumah tersebut sudah musnah terbakar sepenuhnya, katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, rangka mayat mangsa ditemui di bawah rangka rumah yang terbakar itu.

"Punca kejadian masih disiasat," katanya. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved