ads

Rabu, 9 Mei 2012

10 di sipitang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


AMARAN PADA TALAM 2 MUKA : UMNO <b>SIPITANG</b>

Posted: 21 Apr 2012 01:41 AM PDT

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Dalam ucapan perasmian mana-mana cawangan yang dihadirinya. Ucapan berlembut banyak mempengaruhi penyampaiannya. Walau hakikatnya, dia tahu situasi dan perkara yang berlaku.

Namun ucapan pada hari ni, jauh berbeza. Dalam penegasannya berkenaan memastikan kemenangan BN tetap bertahan di kawasan sipitang, YB Datuk Sapawi Ahmad, ketua UMNO Bahagian sipitang, juga Ahli Parlimen 178 sipitang dengan nada tegas memberi amaran kepada sesiapa dalam ahli parti menjadi musuh dalam selimut. "Jangan Jadi musang Berbulu ayam!" Itulah antara kata-kata ketua UMNO Bahagian memberi amaran keras, tidak akan teragak-agak kali ini untuk melapor individu dalam parti yang bertindak berkempen untuk membantu pembangkang secara senyap-senyap. Perkara ini sudah berlaku pada PRU sebelumnya, namun atas dasar rasa persahabatan, perkara ini didiamkan, namun individu tersebut kelihatan masih belum insaf, tindakan perlu diberikan yang berhasrat merosakkan nama parti

YB Datuk Sapawi juga mengtakan pakatan pembangkang adalah kumpulan manusia yang hanya tahu berbohong. Mengambil contoh Ahli parlimen hulu Langat datang ke kawasan sipitang, siap mengatakan mendapat sambutan sangat baik di PDM Pantai. Kononnya dihadiri 400 orang. Walhai hanya 54 orang sahaja yang hadir ketika itu. Demikian juga di kawasan PDM bukai konon dinyatakan 150 hadir dalam perjumpakaan PKR. Maklumat nyata hanya seramai  30 orang sahaja. Tetapi di luar rumah. Berada dlam rumah tempat perjumpaan hanya 3 orang sahaja! Sibuk berkempen di kawasan orang, kawasan sendiri terabai dan tidak terjaga!
Tanam padi Di tengah Bendang,
Habis buah Tinggal Batang,
Apa diharap pada pembangkang,
Banyak cakap kuat tembirang! -Pantun konklusi YB datuk sapawi dalam ucapannya.

Cewah! Tabiklah. Pu3 percaya UMNO sipitang khasnya BN umumnya akan tetap bertapak kukuh di atas tanah pentadbiran Parlimen Sipitang. SEDIA GEMPUR!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved