ads

Ahad, 20 Mei 2012

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Muhajier718: Persiapan Ijtima&#39; Sabah Timur <b>di Lahad Datu</b>

Posted: 14 May 2012 01:05 AM PDT

InsyaAllah Ijtima' Sabah Timur akan diadakan pada 24, 25, 26 Jun 2012 bertempat di Kg Sepagaya, Lahad Datu. Jadi semua kaum lelaki yang bermastautin dan bermukim di daerah-daerah seperti Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Telupid dan kawasan yang termasuk dalam kategori Sabah Timur dijemput hadir ke perhimpunan orang-orang Islam yang julung-julung kali diadakan ini.

Khidmat untuk agama Allah.


Banyak manfaatnya kita datang mendengar nasihat dan pesanan ikhlas akan disampaikan oleh masyaikh usaha dakwah dan tabligh ini. Kata-kata yang terbit dari mulut mereka dengan izin Allah mampu menyuburkan hati yang mati.

Jalan masuk ke Kg Sepagaya dari jalan besar

Dari simpang jalan besar, terus kira-kira 200meter sehingga jumpa masjid. Rasanya masa ijtimak nanti akan penuh kereta parking di kiri kanan jalan ini, boleh perasan dari jalan besar insyaAllah.

Ini pemandangan masjid Sepagaya pada waktu malam. Jam 11 malam saya tengok hampir semua telah tidur keletihan berkhidmat sepanjang hari. Bangun keesokkan pagi kagum saya tengok dalam kepenatan pun ramai yang bangun Tahjud. Allahu.

 Seusai solat Subuh, sama-sama membaca Yassin. Disamping khidmat amalan-amalan dalam masjid juga dibuat untuk menghidupkan ruh ijtimak seperti ta'lim dan jaulah.

Selesai membaca Yassin diadakan mesyarat. Laporan kerja semalam diambil, seterusnya dimesuaratkan apa kerja yang hendak dibuat hari ini, kemudian diagih-agihkan kerja. Kebanyakkan yang datang adalah dari Lahad Datu, Tawau, Semporna, Kalabakan, Paris, Silam dan lain-lain.

 Orang-orang kuat khidmat. MasyaAllah. Rakan-rakan seusaha dari Semporna yang hadir sekitar belasan orang telah ditugaskan untuk buat rangka khemah di gelanggang futsal. Lain-lain rakan seusaha dibahagikan kepada beberapa kumpulan, ada bahagian paip, khemah, mencangkul, tandas, memasak dan sebagainya. Selepas mesyuarat ada sarapan disediakan seadanya.

Pemandangan dari dalam masjid. Antara deretan kenderaan yang hadir. Kenderaan yang digunakan untuk agama Allah, insyaAllah di akhirat nanti Allah malu nak hisab.

Selepas sarapan sekira-kira selepas masuk isyrak, para khudama' terus mula bekerja.

Jalur Gemilang berkibar megah di medan Ijtima' Lahad Datu.

Gelanggang futsal sebelah masjid yang turut sama digunakan untuk tujuan ijtimak. Imam, ketua kampung, orang-orang kampung, serta kanak-kanak turut datang membantu apa yang perlu. Sporting-sporting mereka semua.

 Jentera yang digunakan untuk pelbagai tujuan sepanjang ijtimak.

Kerja meratakan tapak baru sekitar 80% siap setakat ini. Ini baru tapak, belum binaan-binaan di atasnya lagi. Bermakna banyak lagi tenaga khidmat diperlukan.

Rakan-rakan seusaha dari Semporna datang sejauh 159km ke lahad Datu untuk khidmat. Tugasnya untuk beberapa hari ini ialah membuat rangka khemah di gelanggang futsal ini. Kasi panas enjin. Rashid Bhai antara orang Lahad Datu yang full time khidmat.

Kerja mengukur dan memotong di awal pagi.

Cuaca sebelah pagi hingga tengahari agak panas. Topi limited edition. Ada yang bergilir-gilir menggunakan topi. Allahu. Semoga Allah terima. 

Ukur, potong, dan naikkan buluh kemudian baru diikat.

Sabil-sambil tu lepaskan gian menyepak bola.

Antara pemandangan di sekitar tapak ijtima'. Bawah pokok-pokok besar itu ialah sungai.

Siap ada titi gantung. Setengah jam sebelum zohor semua berhenti bekerja dan mandi serta membuat persiapan untuk Zohor. Mereka yang datang dari jauh seperti Semporna dan Tawau melakukan solat Jamak dan Qasar. Kemudian makan tengah hari.

Selepas makan tengah hari, cuaca agak redup, maka rakan-rakan seusaha dari Semporna terus menyambung khidmat sehingga hampir Magrib.Kami dah Jamak Solat Asar masa Zohor, jadi boleh sambung khidmat.

Kira-kira jam 4 lebih kerja terpaksa dihentikan seketika kira-kira setengah jam untuk memberi laluan kepada hujan untuk menyejukkan keadaan.

Kerja bersambung selepas hujan reda. 

 Kira-kira setengah jam sebelum magrib. berhenti bekerja untuk solat magrib dahulu. Maghrib sampai Isyak kami rehat.

Tinjau kawasan lain. Khidmat bahagian tandas bawah diambil oleh rakan seusaha dari Tawau, diketuai oleh Ustaz Hafi. Sepanjang Jumaat, Sabtu, dan Ahad ada lebih kurang 5-6 orang Ustaz yang sama-sama khidmat. Allahu Akbar.

Selepas isyak kita makan berjemaah dulu. Ringkas tapi  Allah bagi sedap. 

Selepas makan malam, kerja khidmat membuat rangka khemah bersambung. Saya kagum tengok semangat anak-anak muda ini khidmat, sehingga dicemburui oleh rakan-rakan seusaha yang lain. Kekuatan iman apakah yang Allah kurniakan kepada mereka ini. Allahu..

Khidmat untuk agama Allah, walaupun penat dan tanpa gaji tapi Allah beri satu kepuasan perasaan yang tak dapat digambarkan.

Keesokkan harinya, selepas bacaan yassin dan mesyuarat saya melawat tapak atas ijtimak. Kelihatan telah nampak rangka-rangkanya. Ini hasil tangan orang Lahad Datu.

Sesiapa yang rasa dia 'karkun' markaz Tawau dan markaz Sandakan, saya menyampaikan hasrat syura di sini, datanglah ke sini, sama-sama khidmat semampu yang boleh. Datang seberapa hari yang sedia, bawa alat pertukangan seadanya seperti cangkul, parang, sarung tangan, topi dan lain-lain. Ini ijtimak kita bersama, ijtimak ini adalah ujian buat kita. Ujian 'diri' dan 'harta'. Datanglah ke sini. Tenaga khidmat masih kurang. Masa kami datang Jumaat, Sabtu, dan Ahad ada 30-40 orang karkun yang datang khidmat. Ini pun masih kurang tenaga kerja. Dalam mesyuarat pagi sedih bila dengar laporan mengatakan ada ketikanya hanya tinggal 8orang sahaja yang khidmat. Sekali lagi wahai karkun-karkun Tawau dan Sandakan sekalian, datanglah ke Lahad Datu untuk khidmat.

Tandas yang masih dalam pembinaan.

 Tapak utama terletak di atas bukit sebelah masjid.

Padang yang luas ini masih kekurangan tenaga kerja. Antara Fadhilat Khidmat: Orang yang banyak khidmat, insyaAllah Allah akan kurniakan dia akhlak yang baik.

Sebelum kami bertolak pulang pada petang Ahad kelihatan tandas pun dah nampak rangkanya. Alhamdulillah. InsyaAllah hujung minggu akan datang kami azam nak datang sini lagi tolong apa yang patut.

Sekadar ini perkongsian untuk kali ini. Semoga pembaca blog ini yang tinggal berdekatan boleh hadir untuk khidmat. Datanglah, tinggal sebulan lebih lagi untuk kita sama-sama megembeleng tenaga khidmat untuk agama Allah. Peluang untuk tuan-tuan semua menjana pahala dan ganjaran yang besar. Ini adalah kerana yang datang ijtimak ini adalah para Ahlullah, para masyaikh, maulana, ustaz-ustaz, para da'e, para hafiz, para zakirin, para khudama'. Banyak amalan yang akan hidup sepanjang berlangsungnya ijtimak dan selepas ijtimak nanti insyaAllah. Solat berjemaah, solat-solat sunat, mesyuarat, dakwah, ta'lim, dan lain-lain bahkan selepas ijtima akan ada banyak jemaah yang akan dikeluarkan ke negara jauh mahupun dalam negeri. Yang untungnya pahala semua amalan yang disebutkan di atas akan sama dimasukkan ke dalam saham orang yang khidmat. Allahu Akbar, Allah maha kaya.


Setidak-tidaknya tuan-tuan turunlah padang mengajak kawan-kawan, saudara mara, orang kampung mahupun kenalan tuan-tuan, sediakan mereka untuk datang ke Kg Sepagaya Lahad Datu pada 24, 25, dan 26 Jun nanti. 


Bagi kaum ibu pula, jangan lupa doakan semoga Allah jayakan ijtimak ini setiap kali selepas solat. Kalau mampu, bacakan Yassin setiap hari khas untuk ijtimak dari rumah. Lagi tinggi jika ibu-ibu dapat berpuasa. Jangan lupa pujuk suami ibu-ibu untuk datang membantu apa yang patut. Semoga Allah kasihani kita semua, semoga Allah jayakan ijtimak ini.

Bagi yang tinggal jauh, anda dijemput hadir ke ijtima yang berhampiran anda sepanjang bulan Mei dan Jun 2012, terdapat 13 tempat ijtimak di seluruh Malaysia iaitu:

19-21 Mei - Selangor & Wil.Persekutuan di Masjid Jamek BB Sri Petaling, Kuala Lumpur.
22-24 Mei - Perak di Masjid Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar.
25-27 Mei - Penang-Penanti Bukit Mertajam. Masjid Daerah Balik Pulau.
28-30 Mei - Perlis & Kedah di Masjid An Nur Pokok Sena, Kedah.
31 Mei-02 Jun - Kelantan di Madrasah Darululoom Addeeniyyah, Kg. Apa Apa, Pasir Mas.
03-05 Jun - Terengganu di Madrasah Tahfiz Al-Quran, Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.
06-08 Jun - Pahang. Kuantan.
09-11 Jun - Melaka & Negeri Sembilan di Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol.
12-14 Jun - Johor & Singapura di Madrasah Tahfiz Sinaran Baru, Kg. Sinaran Baru, Kempas Lama.
15-17 Jun - Sarawak (Kuching-Sibu) di Surau Darul Muttaqin, Taman Lavender, Kuching.
18-20 Jun - Sarawak (Bintulu-Miri) & Brunei di Masjid An-Na'im, Lutong, Miri.
21-23 Jun - Sabah Pantai Barat di Masjid Hj.Akbar Khan, Kg.Bingkul, Beaufort.
24-26 Jun - Sabah Pantai Timur di Masjid Batu 6, Sapagaya, Lahad Datu.

Nampak macam mudah bukan, semudah copy-paste tarikh dan tempat-tempat ijtima ini kemudian war-warkan di Facebook dan blog, tunggu tarikh, bungkus pakaian, hidupkan enjin kereta kemudian terus bergerak ke ijtimak. Tapi sebenarnya persiapan untuk ijtima ini memerlukan pengorbanan harta dan tenaga yang bukan sedikit. Kepada rakan-rakan seusaha sekalian. Sila-silalah untuk ringankan tulang sama-sama membantu membuat persiapan ijtima ini.

Muhammad Ishak Zaini

14 Mei 2012

23 Jamidul Akhir 1433H

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved