ads

Jumaat, 25 Mei 2012

10 di kota marudu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


[PSS & KRU <b>Kota Marudu</b>] Liqo - Persatuan Siswazah Sabah

Posted: 14 Apr 2012 08:23 PM PDT

Assalamualaikum.. & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah..syukur pada Illahi.. sehingga hari ini masih dberi peluang & ruang.

Pada 15 April 2012; 8.00am

Ahad merupakan hari yang sibuk di Kota Marudu, jalan-jalan utama sesak, orang ramai berpusu-pusu untuk ke "Tamu". Begitula kadar pertumbuhan yang cepat berlaku di KM ini, yang dahulunya jalan rengang, namun kini pengunaan pengangkutan jalan raya juga meningkat. tambahan pula ketika itu di Dewan Komuniti KM ada "stacy". apa dia buat d situ? "Wallahu'alam

berbalik pada cerita asal.

Satu perjumpaan khas yang dibuat untuk adik-adik Usrah Sekolah. Iaitu pelajar Sekolah SMK KM 1, SMK KM 2, SMK Tandek & SMK Benkongan.

Untuk pertemuan pertama kali ini, semestinya sesi taaruf akan dibuat dengan adik-adik usrah, setelah itu bersarapan bersama ahli-ahli lama KRU & mereka di ajar untuk meyuapkan makanan kepada sahabat-sahabat terlebih dahulu. Ada yang kelihatan sangat gembira kerana dapat bertemu ahli-ahli KRU yang lain, kerana sebelum ini tidak pernah melihat atau mengenali ahli-ahli KRU dari sekolah yang berlainan.


Selepas itu, tazkirah ringkas untuk me-refresh niat kepada semua yang hadir.
kemudian, sesi suai kenal bersama ahli tertinggi KRU & ucapan-ucapan khas yang ditujukan oleh adik-adik usrah sekolah agak lebih bersemangat & istiqomah.

Pemakluman Qiamullai kepada adik-adik usrah diberikan lebih awal & diberikan borang kebenaran ibu bapa untuk memastikan program yang akan dijalankan minggu depan berjalan dengan redha ibu bapa & tanpa keraguan dengan pemergiaan adik-adik.

Wakil setiap sekolah juga diminta untuk menyatakan pendapat mereka mengenai usrah di sekolah. Alhamdulillah mendapat respon yang baik.


Untuk mengamitkan lagi suasana, tayangan video Qiamullai yang telah diadakan agar adik-adik usrah mendapat pendedahan awal & mempunyai keinginan yang tinggi untuk istiqomah.

Pertemuan yang ringkas dengan adik-adik Usrah diakhiri dengan ucapan & salam daripada adik Asri iaitu Pengerusi KRU KM yang akan menjalani PLKN. InsyaAllah, semoga dipermudahkan segalan urusannya di sana nanti.

Sehingga sini ja entry kali ini..

Wassalam..

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved