ads

Ahad, 8 April 2012

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Cabaran PRU13 <b>di Tawau</b> | Puadede.Com

Posted: 08 Apr 2012 01:55 AM PDT

Musimnya telah tiba, kehangatannya kian terasa, PRU13 menjadi agenda utama program rakyat di sana sini. Sentimen YB turun padang bila sudah dekat pilihanraya menjadi sindiran penyokong parti pembangkang. Yang pro kerajaan pula semakin giat mengukuhkan sokongan rakyat untuk kemenangan yang entah berapa.

Aku sudah melalui tiga PRU dan sudah semestinyalah bahang PRU dapat deriaku rasai. Tapi seperti yang aku jangkakan sebelum ini lagi dalam entry lalu, kehangatan PRU13 kali ini di Tawau lain pukulannya. Kenapa lain?

1. Ledakan sebaran maklumat Media Baru.
Facebook dan blog adalah fenomena baru di Tawau menjelang PRU13. Pengamalnya adalah sebilangan besar penghuni setiap rumah di Tawau, tanpa had usia, jantina ataupun kekangan masa. Sesiapa sahaja boleh mengetahui hebatnya provokasi yang dicanangkan oleh sesiapa sahaja. Yang jeleknya, ada yang berselindung disebalik identiti sebenar yang memang niatnya mahu menegur, berkempen, mahu lempar sembunyi tangan malah mengaibkan pemimpin. Yb-yb sekalian, berhati terbukalah jika anda yang diisukan, bertindak sebijaknya kerana undi ada ditangan rakyat.

2. Belia Agresif Lantang Bersuara.
Belia yang sudah layak mengundi ataupun yang hanya mahu support kawan mempunyai kuasa bersuara yang besar hari ini. Kalau dulu, golongan ini segan, malu, tidak tahu mahu menyalurkan permasalahan, pendapat, keluhan rasa, kebuntuhan kerjaya tapi hari ini golongan ini boleh mendabik dada sambil menaip status mereka di FB, Twitter, berblog. Jalan yang teruk meskipun tidak tahu itu sebenarnya tanah persendirian turut diupload bertujuan mahu segera kerajaan bertindak baikinya.

3.Program bantuan bertali-arus diumumkan.
Amat positif niat kerajaan mahu membantu rakyatnya melalui BR1M, Kedai 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Sara 1Malaysia, PR1Ma dan banyak lagi. Bantuan bertali-arus ini tidak dikendalikan hebahannya secara terperinci yang akhirnya diisukan. Benda percuma, benda yang dimudahkan kerajaan sememangnya mahu dikecapi semua orang namun sebilangan besar orang Tawau tidak mengetahuinya. Bukan sikap tidak peka, namun orang kampung, apa sahajalah kemampuan mereka untuk tampil mendapatkan bantuan itu. Aku tiba-tiba teringat "niat tidak menghalalkan cara" dan nampaknya ada kecatatan dalam pelaksanaan program bantuan ini.

4.Akhbar Media Cetak Tawau.
Aku pernah meminta pendapat mengenai akhbar dan kaitannya dengan pengundi di Tawau. Pakcik driver teksi berpendapat ada isu yang boleh dipercaya tapi tidak kurang juga ada berita yang cuma diterbit kerana mempunyai kepentingan. Dia membelinya bukan untuk cerita kedai kopi tetapi mahu tahu perubahan pemerintahan.

Selamat datang PRU13…

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved