ads

Rabu, 11 April 2012

10 di sipitang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Kursus Masakan Berminyak Anjuran Sedcovest <b>di Sipitang</b>. | Berita <b>...</b>

Posted: 10 Apr 2012 04:28 PM PDT

Kursus Masakan Berminyak Anjuran Sedcovest di Sipitang.


Sebahagian Peserta Kursus Masakan Berminyak anjuran Sedcovest di dewan mini perpustakaan Sipitang.


CERIA…Sapawi dan Timbalan Pengurus SEDCOVEST Habriah Bte Salindri merakamkan kenangan bersama peserta yang mneyertai krusus tersebut.


DIHRAGAI…Sapawi menerima cenderakenagan daripada Timbalan Pengurus SEDCOVEST Habriah Bte Salindri dimajlis tersebut.


SIPITANG: Kekurangan modal tidak harus dijadikan sebagai alasan khususnya kepada bumiputera untuk menceburi bidang perniagaan makanan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata perniagaan makanan pada ketika ini mampu menjanjikan kerjaya yang lumayan.

Bagaimanapun beliau berkata perniagaan tersebut memerlukan kepakaran ataupun bakat dalam bidang masakan.

"Perniagaan makanan ketika ini mendapat sambutan kerana permintaannya memberangsangkan," katanya pada majlis perasmian kursus masakan berminyak di mini dewan perpustakaan.

Majlis anjuran SEDCOVEST dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sabah SEDCO yang disertai oelh 32 orang peserta turut dihadiri oleh Timbalan pengurus SEDCOVEST Habriah Bte Salindri, Ketua tenaga Pengajar Cif Nancy Lim, Ketua Perhubungan Ahli Parlimen Sipitang Suhaiki Matusin dan Wakil Peserta Zulhuzaimi Bin Hassan.

Sapawi berkata selain memerlukan kepakaran dan bakat, seseorang itu juga memerlukan kecekapan pengurusan dan sedia serta sentiasa memingkatkan pengetahuan.

Katanya kecekapan pengurusan dan peningkatan ilmu boleh diperolehi menerusi penyertaan dalam bengkel-bengkel ataupun kursus.

"Pengetahuan yang diperolehi hendaklah dipergunakan dengan sebaik-baiknya kerana ia akan membantu kita untuk berjaya sebagai ahli perniagaan.

"Jangan anggap bengkel ataupun kursus yang dianjurkan tidak penting sebaliknya bengkel dan kursus itulah yang akan membantu menggilap ada yang kita miliki seperti kepakaran dan juga bakat," katanya lagi.

Sambil menyifatkan kursus itu sebagai menambahkan ilmu yang ada, Sapawi turut menasihatkan mereka agar memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

"Mula dahulu perniagaan secara kecil-kecilan kerana pengalaman ini berguna apabila hendak memulakan perniagaan yang lebih besar…ia adalah untuk mempersiapkan kita bagi menghadapi persaingan dalam perniagaan masakan," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved