ads

Rabu, 11 April 2012

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Projek perumahan SPNB <b>di Sandakan</b> | Aduan Rakyat Online

Posted: 10 Apr 2012 10:36 PM PDT

Projek Perumahan SPNB ( Taman Permata ) di Bt 7 Jln Labuk Sandakan yang mula dibina pd tahun 2008 terbengkalai sehingga kini ( 2012 ) sedangkan kami telah dijanjikan projek tersebut siap dlm tahun 2010. Pembelian rumah tersebut melalui pinjaman kerajaan dan akan mula membayar mulai bulan APRIL 2012 melalui potongan Gaji ( Surat makluman dari Jab. Akauntan Negara sudah diterima )sedangkan struktur bangunan blok rumah saya belum kelihatan lagi. Lebih memeritkan lg dalam masa yg sama, saya juga terpaksa membayar sewa rumah yang saya duduki sejak tahun 2009 lg.

Slogan Kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri " RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" merupakan slogan kosong dan hanya bertujuan mengaburi mata ( menipu ) rakyat. Sykt Perumahan Negara Berhad ( SPNB- Company NO.444205-M beralamat Tgkt 16,Bangunan MAS, Jln Sultan Ismail, 50250 KL ) adalah sebuah sykt yg diperbadankan dan milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan GAGAL menjalankan tugasnya dengan berkesan dengan memantau projek perumahan yang banyak terbengkalai di seluruh negara khususnya di negeri Sabah dibawah kendalian SPNB.

Lebih menyedihkan tiada seorangpun WAKIL RAKYAT BN yg bersuara di DUN Sabah mahupun DEWAN RAKYAT untuk membela nasib & kebajikan rakyat yg tertindas di kawasan yg terlibat dengan masalah ini. LOKASI projek Perumahan ini terletak dalam Kawasan DUN SIBUGA iaitu kawasan yg diwakili oleh Ketua Menteri Sabah sendiri. Tetapi semasa Wakil Rakyat2 ini hendak undi rakyat, mereka berjanji utk membela nasib rakyat. Tetapi kini janji2 Wakil Rakyat2 tersebut hanyalah tin kosong. Ingatlah Wahai YB2 bahawa kita manusia biasa ni hanya boleh membohongi/menipu/memperdaya org lain sekali shj…

By: Shitor Kalasang

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

Aduan yang berkaitan:

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved