ads

Isnin, 9 April 2012

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Malaysians Must Know the TRUTH: Exciting to be &#39;Datin Pia <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2012 06:00 AM PDT


Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET
BETAPA istimewanya menjadi 'isteri angkat @ gundik' ADUN BN kerana sekalipun mempunyai saman tertunggak sejumlah RM460 sejak 2004, namun Pia Binti Dahlan, yang mendakwa dirinya anak saudara Tuan Yang DiPertua Negeri Sabah; bebas daripada Ops Warta yang dilancarkan bagi memburu pesalah trafik yang gagal membayar kompoun.
Mengikut semakan Paparazzi daripada rekod Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (RILEK), Pia melakukan enam kesalahan lalu lintas termasuk tidak memiliki lesen memandu; tiga daripadanya dilakukan di Lahad Datu antara 2004 hingga 2009, manakala tiga lagi kesalahan dilakukan di Kota Kinabalu di antara 2009 hingga 2011.
Daripada data RILEK, Paparazzi mendapati Pia telah memiliki dan memandu empat buah kereta, tiga daripadanya iaitu SS5551A, SAA5521H dan SAB599A didaftarkan atas nama Pia, manakala sebuah lagi SA5845X atas nama seorang bekas pemain bola sepak Sabah, Karti Tukimin.
Kesemua kompoun terkumpul yang belum dijelaskan Pia ialah RM460 tetapi PDRM tidak mengeluarkan waran tangkap sebagaimana dilakukan kepada pesalah trafik biasa. Hanya Ketua Polis Trafik Bandaraya Kota Kinabalu tahu kenapa Pia tidak diburu seperti pesalah trafik lain? - Sabahkini

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved