ads

Rabu, 14 Mac 2012

di negeri sabah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


KONVENSYEN PENDIDIKAN ISLAM RENDAH PERINGKAT <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2012 05:15 AM PST

 

Sumber : http://www.islam.gov.my/konvensyen-pendidikan-islam-peringkat-pengajian-rendah-negeri-sabah-2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah bersama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) telah menganjurkan Konvensyen Pendidikan Islam Peringkat Pengajian Rendah Negeri Sabah Tahun 2012 pada 26 hingga 27 Februari 2012 bertempat di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah. Majlis tersebut telah dirasmikan olehYB. Dato Sri Haji Nasir bin Tun Haji Sakaran, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah. Turut hadir Y.Bhg. Dato' Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Y.Bhg. Dato Haji Amri A. Suratman, Pengarah JHEAINS.

Objektif penganjuran Konvensyen Pendidikan Islam 2012 ini ialah untuk memperkasa pelaksanaan pendidikan Islam di peringkat pengajian rendah secara kolektif serta mengenal pasti cabaran dan realiti sistem pendidikan Islam di peringkat pengajian rendah. Selain itu, ia mampu meransang perkongsian maklumat dan pengalaman dalam pelaksanaan sistem pendidikan Islam yang berkesan kepada pelajar-pelajar di peringkat pengajian rendah. Konvensyen ini juga akan mengeratkan silaturrahim di kalangan warga pendidik SAN, KAFA dan SAR di negeri Sabah.

Konvensyen yang julung kali diadakan itu telah menampilkan para pembentang kertas kerja yang berwibawa. Antaranya ialah Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Sidek bin Baba, Pensyarah Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Selain itu, ahli panel yang lain yang terlibat ialah Ustaz Ansarullah bin Mohd Hasyim, Ketua Penolong Pengarah KAFA Bahagian Kemajuan Islam JAKIM Putrajaya, Ustaz Mohd Taif bin Kassim, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Ustaz Rapihi bin Derim @ Wasihim, Institut Perguruan Gaya dan Ustaz Sulaiman bin Musinin, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Kehadiran peserta yang memberansangkan iaitu hampir 700 orang pada konvensyen kali ini juga membuktikan penganjurannya adalah berjaya dan bermanfaat.

Dato' Ketua Pengarah JAKIM mengucapkan jutaan tahniah kepada kerajaan Negeri Sabah kerana menyambut baik resolusi Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia 2011 yang lepas yang mencadangkan Konvensyen Pendidikan Islam ini diadakan. Negeri Sabah adalah negeri kedua di Malaysia yang menganjurkan konvensyen ini selepas Perlis.

Dalam ucapan perasmiannya, YB. Dato Sri Haji Nasir bin Tun Haji Sakaran, Menteri di Jabatan Ketua Menteri menyifatkan penganjuran konvensyen seumpama ini akan menyemarakkan lagi aktiviti pendidikan Islam di negeri Sabah khususnya dan di Malaysia amnya. Beliau juga mengharapkan konvensyen kali ini akan menjadi wadah pencetus idea, memperkasa sistem pendidikan Islam sedia ada dan menghasilkan strategi kerjasama pintar diantara semua agensi terutamanya JAKIM, JHEAINS dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dalam usaha penambahbaikan yang berterusan.

Konvensyen selama 2 hari tersebut telah ditangguhkan oleh YB. Dato' Haji Ustaz Mohd Suhaili Haji Said, ADUN kawasan N49 Tungku, merangkap Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Turut hadir ialah Y.Bhg. Tuan Haji Mohd Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Dasar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Tuan Haji Rumaling Epit, Timbalan Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved