ads

Ahad, 11 Mac 2012

10 di nabawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


sekolah dan universiti saya

Posted: 22 Feb 2012 03:51 AM PST

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertama dan selamanya, dipanjatkan segala kesyukuran pada Allah Yang Maha Segalanya kerana masih memberi pinjam nikmat hidup. Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, ahli keluarga Baginda serta para sahabat.
Hari ini, tajuk entry saya "sekolah dan universiti saya ". Maaflah, tajuk agak skema. Hehe.
1. Sk. Tinanduk, Nabawan Sabah (SKT).
Sekolah ini terletak di kampung saya iaitu Kg Tinanduk, Mukim Pagalungan. Nama sekolah ini diambil sempena nama kampungnya. Sekejap sahaja saya bersekolah di sekolah ini kerana mengikut bapa yang ditukarkan mengajar ke sekolah lain iaitu Sk. Logongon.
2. Sk. Logongon, Nabawan Sabah (SKL).
Sekolah ini terletak di Kg. Pagalungan. Nama sekolah ini diambil sempena nama sungai yang mengalir ke Kalimantan iaitu Sungai Logongon. Banyak kenangan saya dengan sekolah ini. Kenangan manis, kenangan pahit. Semua ada. Sekolah ini banyak memberi impak dalam hidup. Tetap dikenang sampai bila-bila. Miss damn this school so much.
3. Sekolah Agama Rakyat Al-Falah, Nabawan Sabah (SARAF).
Tamat sahaja UPSR, saya dibawa oleh Cikgu Syamsiah untuk tinggal dengannya di Nabawan untuk belajar agama di sekolah agama al-falah. Alhamdulillah, lebih kurang sebulan menuntut ilmu di sekolah ini, macam-macam yang saya dapat. Saya belajar ilmu tauhid, bahasa Arab, ilmu sirah dan sebagainya. Kami 5 orang je masa tu tapi ustaz dan ustazah yang mengajar tidak jemu-jemu mendidik kami. Seminggu sebelum keluar keputusan UPSR, saya meninggalkan sekolah ini. Walaupun sekejap, banyak imput yang saya dapat dari sekolah ini.
4. SMKA Inanam Kota Kinabalu, Sabah (SEMAI).
Alhamdulillah, UPSR dapat 3A 1B1C. Syukur. Saya dapat tawaran belajar di SMKA Inanam, KK. Masuk ke sekolah ini, saya selalu sakit. Selalu demam. Maybe, sebab panas kot. Saya mengalami demam perubahan cuaca yang agak teruk. Huhu. Agak susah menyesuaikan diri di sekolah ini. Enam bulan bersekolah di sini, saya pindah ke Keningau semula. Ustaz Naim uruskan perpindahan saya ke SMK Gunsanad dalam kelas aliran Bahasa Arab.
5. SMK Gunsanad 1, Keningau Sabah (SMKG1).
Form 1 - Form 3, saya masuk kelas Harmoni. Kelas Harmoni ni satu-satunya kelas aliran bahasa Arab di Keningau. Sekali lagi, saya tinggal di asrama walaupun tinggal di keningau. Em, asrama lagi...Alhamdulillah, PMR, dapat 4A 4B 1C. Alhamdulillah, rezeki. ALLAH bagi.Syukur.
6. SMKA Mohd Ali Ranau, Sabah (SEMEKAR).
Alhamdulillah, dapat tawaran masuk ke sekolah agama di Ranau. Pertama masuk sekolah ini, subhanallah, cantiknya. Cantik. Dari jauh, macam istana di kaki bukit. Saya suka sekolah ini. Sebab maybe sejuk. Sejuk. Hehe. Alhamdulillah, saya exam SPM 2006 di sini. SPM dapat 6A
4B 1D (add math). Hehe...Dapat lulus untuk Add Math ni pun dah kira ok. Hehe.
7. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri Kelantan (APIUMNP).
~ Kursus Intensif Bahasa Arab = 1 Tahun
~Asasi Pendidikan Islam = 2 tahun
Pertama kali, menjejakkan di bumi Kelantan, "masya Allah, bagusnya kelantan ni." Lebih-lebih lagi Nilam Puri yang terkenal dengan bi'ah solehahnya. Setiap hari jumaat, ada kuliah tok guru Nik Aziz. Sini, banyak kuliah agama. Dari kita je, nak pi ke tak. Makanan pun murah. Pakaian murah. Segala-galanya murahlah di sini. So, Saya suka Kelantan. Hehe.
8. Universiti Malaya Kuala Lumpur (UMKL).
Menyambung pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah, Jabatan Fiqh dan Usul. Insya Allah, doakan.
9. University of Sharjah, United Arabic Emirates (UOS).
Insya Allah, stay sini untuk 5 bulan as an exchange students. Then, balik ke UM semula untuk menyambung pengajian yang masih berbaki. Semoga semuanya dipermudahkan. Kita merancang. Allah juga merancang. Perancangan Allah itu adalah yang terbaik.
Kepada cikgu-cikgu, ustaz dan ustazah, Dr, Prof, para pendidik yang pernah mendidik saya, terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Tanpa kalian, tidaklah kami sampai ke tahap macam ini. Kalianlah inspirasi. Sekali lagi, terima kasih.Hanya Allah yang sahaja yang mampu membalasnya. Semoga kalian sentiasa sihat, murah rezeki dan disayangi Allah. Baarakallahu fiikum. Haayakumullahu. Ada umur yang panjang, kita jumpa lagi. Sayang kalian. :)
University Sharjah, Sakan A (Hafsah binti Umar)_4A, UAE

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved