ads

Khamis, 1 Mac 2012

10 di nabawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


LAWATAN TIM DEVOSI KERAHIMAN ILAHI KSFX KE <b>NABAWAN</b> <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2012 07:05 AM PST

NABAWAN- Sempena nama gerejanya Kerahiman Ilahi maka Tim Kerahiman Ilahi dari KSFX telah membuat lawatan ke gereja tersebut pada 10 Feb 2012 sambil memberi serba sedikit ceramah tentang Devosi ini. Seramai 38 orang mengikuti rombongan tersebut yang diketuai oleh Rev. Fr. Justin Joannis, SJ juga selaku Pembimbing Rohani Devosi Kerahiman Ilahi ini. Sebelum memulakan perjalanan, rombongan berkumpul di Chapel Sakramen Maha Kudus KSFX untuk berdoa bersama yang dipimpin oleh Fr. Justin.

Ketibaan rombongan di Kg. Bahagia (Gereja Kerahiman Ilahi) pada jam 5.15 petang telah disambut oleh Pengerusi saudara Palawat Kerion dan Timbalan Pengerusi Cikgu Nora beserta umat.

Katekis Rita Titing terlebih dahulu memimpin doa pembukaan kemudian disusuli dengan ceramah oleh Rev. Fr. Justin Joannis SJ yang menyentuh tentang Pemantapan Iman. Manakala Tim Kerahiman Ilahi menyampaikan ceramah berkenan dengan Devosi Kerahiman Ilahi. Selepas sesi ceramah, sesi perkongsian dan soal jawab oleh umat di Kampung Bahagia.

Sesi ceramah tentang Devosi Kerahiman Ilahi diperkongsikan oleh Sdri. Mary Intang.
Mengapa harus berdoa setiap jam 3 petang? Dalam pembahagiannya menjelaskan bahawa perlunya berdoa pada masa itu kerana kita memperingati akan kewafatan Juruselamat Kita Yesus Kristus pada jam 3 yang juga adalah saat akhir hidup Yesus di bumi. Beliau turut menjelaskan 3 perkara penting kita berdevosi Kerahiman Ilahi iaitu; pertama, kita berdoa untuk orang-orang yang berdosa; kedua, merenungkan kesengsaraan Tuhan Yesus dan; ketiga, demi mengalahkan kejahatan syaitan.

Melalui perkongsian Saudari Annie Leong pula, wakil Tim Devosi Kerahiman Ilahi KSFX, doa yang disertai dengan penuh kepercayaan pasti didengar oleh Tuhan menurut kehendakNya. Beliau mengongsikan pengalaman seorang kawannya yang hampir menemui ajalnya kerana penyakit tenat, telah berjuang dalam Devosi Kerahiman Ilahi agar dapat melihat kelahiran cucunya sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir dan ternyata Tuhan mendengarkan permohonannya. Selang beberapa tahun beliau pun kembali kepada Tuhan.

Program berakhir pada jam 10.30 malam. Melalui lawatan tersebut umat mengharapkan agar adanya kunjungan seterusnya yang melalui aktiviti seperti itu dapat membantu mereka untuk terus memperkembangkan iman.

Denis Zeno

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved