ads

Selasa, 6 Mac 2012

10 di beluran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


SKMM akan bina 20 menara selular berkuasa tinggi <b>di Beluran</b> <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2012 02:32 PM PST

by NOORASVILLA MUHAMMA. Posted on March 6, 2012, Tuesday

BELURAN: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membina 20 menara selular berkuasa tinggi di Beluran dalam usaha memperluaskan liputan telekomunikasi di daerah itu.

Pengarah SKMM Wilayah Sabah dan Labuan, Bukhari Yahya, berkata pihak SKMM kini dalam proses penilaian tender sebelum pembinaan menara terbabit mulai dilaksanakan.

"Selain itu, terdapat dua lagi menara untuk perkhidmatan yang sama sudah siap dibina di daerah ini dan kini dalam proses pemasangan elektronik sebelum ia mulai beroperasi.

"SKMM juga akan membangunkan lebih banyak kampung yang mempunyai kemudahan internet tanpa wayar (wifi) untuk membolehkan penduduk di kawasan luar bandar di daerah ini mengakses dunia tanpa sempadan dengan mudah," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Komputer 1Malaysia kepada 1,000 penerima yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee di Dewan Serbaguna Beluran, kelmarin.

Menerusi penyediaan lebih banyak kemudahan telekomunikasi dan internet di kawasan luar bandar, beliau berharap masyarakat setempat dapat memanfaatkannya untuk meningkatkan taraf kehidupan masing-masing.

Ia termasuk memulakan perniagaan atau mempromosikan produk yang dihasilkan penduduk secara dalam talian (online).

"SKMM menggalakkan penduduk yang ada mengusahakan perniagaan seperti menghasilkan produk pelancongan ataupun hasil laut untuk mempromosikan barangan mereka melalui alam maya.

"Mereka cuma perlu memaklumkan pihak SKMM melalui Pejabat Parlimen atau Pejabat Daerah untuk kami menganjurkan kursus dan latihan yang berkaitan kepada penduduk yang berminat," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved