ads

Ahad, 19 Februari 2012

10 di tenom - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


sabahkini.net: &#39;THE SILENT NIGHT&#39; BERGEMA <b>DI TENOM</b>

Posted: 26 Dec 2011 09:47 PM PST

Oleh: MEDIA MGGKT

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Tenom Datuk Rubin Balang berpeluang bersama kira-kira hampir seribu orang kebanyakannya penganut Kristian turut serta menggema Dewan Seri Antenom dengan lagu-lagu Krismas sempena majlis 'Kasih Krismas' anjuran Majlis Gereja-Gereja Kristian Tenom (MGGKT) pada Isnin.

Majlis tersebut yang dimulakan tepat jam 7 malam iaitu sebaik sahaja Datuk Rubin tiba, beliau telah disambut oleh Pengerusi MGGKT Rev. James Yap dan diiringi para Paderi, Pastor dan Kategist yang menjemput beliau (Rubin) masuk ke ruang Dewan untuk memulakan majlis.

Rubin yang juga merupakan Adun Kemabong dan Pengerusi LPPB turut menghayati kelahiran Yesus Kristus yang jatuh pada Disember 25, dengan memegang lilin serta menyanyikan lagu 'The Silent Night' bersama-sama dengan umat Kristian sejurus selepas lampu di ruang dewan itu dipadamkan seketika.

LANCAR……Rubin bersama Rev.James Yap (kiri) dan beberapa Padri, Pastor dan Kathegist berada di pentas melancarkan malam Krismas.

MASUK….. Rubin diiringi Rev, James Yap memasuki ruang dewan untuk memulakan majlis itu.

Acara kemuncak pada malam itu merupakan persembahan lagu-lagu Krismas daripada Kumpulan Koir Gereja Sidang Injil Borneo (SIB), Gereja Calvary Charismatic Christian (CCC), Gereja Basel Christian Malaysia (BCCM) dan Gereja Roman Catholic Christian (RC).

Selain pembacaan Kitab-Kitab dan Khutbah, satu persembahan drama yang mengisahkan seorang beliawanis yang terjerumus dengan ajaran sesat yang disifatkan para penonton sebagai amat menarik kerana berbentuk nasihat dan kesedaran kepada golongan generasi muda.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved