ads

Sabtu, 4 Februari 2012

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Lisa Ali Cakap...: Kisah mati air <b>di Tawau</b>

Posted: 21 Jan 2012 03:10 AM PST

Assalamualaikum...

Agak lama aku tinggalkan Timatch. Setahun lebih. Banyak pengalaman berguna time aku di situ.

Antara perkara yang paling aku ingat bila keadaan mati air. Aku teringat dialog Encik Harmin time hari kedua aku di opis Timatch Utara, Tawau.

"Ada orang mau saman Timatch gara-gara air mati terus. Kadang-kadang orang ndak paham kerja Timatch ini apa. Rawatan air untuk pengguna..."

Dengan itu, aku rasa macam mahu menulis pasal pengetahuanku mengenai air ini. Cerita di loji air Cintamata

Pertama, jalan cerita air bersih di rawat. Kalau ada salah, sila betulkan yah.. Main ingat jak ni. Buku dulu-dulu tinggal di rumah. Campur-campur dengan bahasa inggeris sebab bos atau mentee ku adalah orang India. Jadi terms yang diguna dan sangat biasa ku dengar akan ku guna pakai.

" Pertama, air kasar (raw water) akan dikutip dari intake. Ia boleh menampung air sebanyak 135 MLD. Terdapat saringan yang besar untuk menapis ranting, dahan kayu atau benda asing agar tidak memasuki pump intake. Untuk pengetahuan. air akan di pump memasuki flocculation tank. Di sini, proses meletakkan Alum untuk menjernihkan air dan sebagai agen penggumpulan flock. Setelah itu, air akan memasuki ke sedimentation tank. Ia adalah proses pemendapan. Di sini, lime akan dimasukkan untuk meneutralkan benda-benda yang berasaskan asid. Kekotoran yang ada akan termendap di dasar tangki. Proses meletakkan lime dipanggil pre-lime. Sesudah itu, air akan melalui proses filtration. Saringan yang digunakan adalah pasir-pasir halus. Air akan melalui pasir tersebut dan akan memerangkap sisa-sisa kotoran yang tertinggal. Seterusnya, air tersebut akan mengalami proses dipanggil cloronative. Air akan dicampurkan dengan klorin untuk membunuh kuman. Dalam proses, cloronative ini gas clorin akan disembur pada air yang mengalir dalam satu bilik khas dan sekali lagi lime akan di letak untuk menseimbangkan PH dalam air. Lengkap segala proses, air akan dihantar ke tangki simpanan dan seterusnya akan diagihkan kepada tangki Jabatan Air Sabah"

Itu cerita pasal proses rawatan air bersih.

Ketika aku bersama Timatch, refurbishment project telah dibuat oleh pihak Timatch dan sekarang masih lagi dalam refurbishment. Sesungguhnya untuk menaiktaraf dan menggantikan sistem sedia ada memerlukan banyak pertimbangan termasuklah sebesar-besar pump, paip, transmitter, automations, valve, actuator, pembangunan SCADA and a lot of cost too!!!

Cerita mengenai mati air pulak. Apa yang aku difahamkan oleh abang Budi, dari Twitter paip di intake tersumbat pasir gara-gara banjir yang melanda dan effect dengan pump yang terlibat.

Aku pernah dapat soalan cepumas dari mentee ku, Mr. Sakhti dulu "apa perlu dibuat kalau tekanan tinggi di loji? Apa perlu dibuat?" Jawapanku "Jika ada 3 pump beroperasi di intake, tutup salah satu pump di intake. Jika masih lagi tinggi, tutup atau kurangkan bukaan valve sehingga tekanan air stabil."

Dalam kes ini, time banjir semestinya air yang memasuki intake adalah mempunyai tekanan air yang tinggi. Dari 3 pump beroperasi, akan dikurangkan menjadi 2 atau satu pump.

Air time banjir tidak sama dengan air tenang yang mengalir masuk. Kalau siapa pernah mandi-mandi di Table (Taman Bukit Tawau), cuba perhatikan air banjir warna apa? warna teh susu kan? kalau takpun warna milo susu. Itu menandakan air yang mengalir mengandungi keladak atau pasir-pasir halus.

Bila air memasuki intake Cintamata, memang ada saringan tapi hanya saringan besar untuk memerangkap bendasing yang besar. Time banjir air milo susu atau teh susu masuk. Bila reda sikit, pasir-pasir halus akan termendap dan mengakibatkan jammed pada pump dan tidak beroperasi dengan baik. hari bulan, bisa pump bisa terstuck sebab terlalu banyak pasir dan mengakibatkan pump rosak secara total. Cara untuk membersihkan pasir dalam pump, kena manual. Buka pump dan bersihkan. Cerewet ok mahu kasi bersih pump ni lebih-lebih lagi pump di intake. Aku tak pasti sedalam mana kedalaman pump intake di Cintamata tapi ia cukup dalam. Kalau tak silap kedalamannya setinggi bangunan 5 tingkat yang standard. Bayangkan bagaimana pekerja-pekerja yang in-charge pasal pump ni, kena turun ke bawah, sejuk-sejuk untuk baiki pump yang rosak(musim hujan). Bukan satu kerja mudah mau turun ke bawah. Tak tau risiko ada ular ka, buaya ka, apa ka.. Pump ni bukan kecil. Besar!!!!!!!! Contoh pump...


Besarkan?? Bayangkan kalau ada 3 pump yang rosak. Mengerjakan pump tu tidak boleh seorang. Paling kurang dua tiga orang akan mengerjakan pump.Itu kalau pump tersumbat. Kalau paip tersumbat? Ndak sengsara mau kasi bersih? Sinki di rumah tersumbat, senang mau buat. Amek pelocok! Settle. Takpun, panggil yang mahir atau plumber!! Hebatnya duduk di rumahkan?

Aku pernah tengok saluran pump ini di loji Kinabatangan. Untuk turun ke dasar, aku kena turun menggunakan tangga-tangga kecil sedalam 20 kaki tapi jangkauan langkahku tidak sampai ke pump dasar sungai sebab aku, mentee dan Carlos (Technical Assistance) hanya mau allocated transmitter (sensor) dan fibre-optic. Sandi bah kerja-kerja macam nie. Eh, sungai Kinabatangan kan ada buaya... Pernah time banjir, si Carlos jumpa buaya sesat... Bukan kah ini satu risiko??

Aku kesian dengan mereka yang mengerjakan pump. Siang malam bertungkus-lumus agar pump yang rosak dapat dipulihkan tapi apa yang mereka dapat. Makian??? Ada siap bagi tuduhan makan gaji buta. Yang orang berkata sedemikian itu adalah buta. Tiada orang mahu mati air bah. Mereka pun ada keluarga dan mereka pun manusia. Mereka bekerja tapi makian yang mereka dapat. Bukan senang bekerja dalam industri yang besar sebegini. Dah namanya industri besar, risiko pun besar. Itu cerita pasal mau baiki pump. Belum campur kalau ada kerosakan dengan transmitter (sensor). Pelbagai saiz sensor, brand dan spec. Lain lagi kalau communication failure sesama sistem. Tak masuk lagi kegagalan valve kalau tak boleh buka alirkan air. Semua ini berkait. Satu failed, loji terjejas.

Lagi satu, bodoh kah orang yang bekerja dalam industri ni sengaja mau kasi mati air? Bagi yang kurang mengetahui, ini adalah satu bisnes.. Produk pengeluaran tiada, tentu kemasukkan duit pun tiada. Sekali lagi, rata-rata yang bekerja di situ sudah berkeluarga. Kalau tiada kemasukan, bagaimana mereka mau sara anak bini mereka?? Please la, mereka ada perasaan bah. Jangan sesuka hati tuduh-tuduh mereka tidak buat kerja. Jangan ingat kerja kamu sak yang perit, kerja orang berkaitan dengan industri air ni ndak perit. Aku pernah rasa dan aku tau bagaimana perasaan mereka.

Sekarang di Cintamata tengah dalam proses naik taraf untuk keselesaan penduduk Tawau yang semakin bertambah. Bersabarlah. Biar mereka kerja. Mereka bayar profesional. Biar mereka yang selesaikan masalah mengenai teknikal sebegini. Jimatkan penggunaan air. Jangan buang sampah dikawasan sungai Tawau. Semakin tercemar air sungai, semakin tinggi kos untuk rawatan air. Nanti jangan hairan satu hari nanti, bil air akan meningkat. Pas tu, mula salahkan orang lain.... Paham sikit kerja orang lain.

Itu saklah yang aku mau cakapkan. Hidup automation!!!! Tetiba semangat pulak aihhhh. Gambar time di Timatch ndak tau mana suda di simpan. Dalam hard disk pun tiada ni. haishhh ~

Full content generated by Get Full RSS.

PERKAHWINAN &#39;TOUCH N GO&#39; <b>DI TAWAU</b>, SABAH

Posted: 09 Jan 2012 06:30 PM PST

No of View :55
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

TAWAU: Kahwin 'Touch n Go'. Itu gambaran kepada ayah kanak-kanak jalanan di sini yang sering mengamalkan poligami sebelum meninggalkan keluarga untuk berhijrah ke tempat lain.

Di tempat baru pula, mereka berkahwin lain sebelum meninggalkan keluarga baru itu dan berpindah tempat lagi.

Keadaan itu menyebabkan si isteri menjalani kehidupan sendirian tanpa mengetahui lokasi suami mereka. Lebih memeritkan, anak hasil perkahwinan itu tidak boleh didaftarkan kelahirannya termasuk memiliki dokumen pengenalan diri seperti sijil kelahiran dan kad pengenalan disebabkan ayah yang 'ghaib' itu.

Pemangku Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Jumaat Hassan, berkata masalah kahwin 'Touch n Go' seperti ini menjadi antara punca utama kewujudan kanak-kanak jalanan di Tawau dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

"Ada kes seorang remaja lelaki hanya berjaya mendapat kad pengenalan ketika berumur 18 tahun. Sebelum itu, dia tidak pernah memiliki sijil kelahiran dan diserahkan kepada keluarga angkat oleh ibunya sejak bayi selepas ditinggalkan ayahnya.

"Selepas hampir setahun menjejaki si ayah, akhirnya keluarga angkat remaja itu menemuinya di Papar (596 kilometer dari Tawau) sebelum memintanya melakukan urusan untuk mendapatkan kad pengenalan anaknya," katanya di sini, baru-baru ini.

Sepanjang tidak mempunyai kad pengenalan, remaja yang dikenali sebagai Mohd Kalno itu terpaksa melakukan kerja kampung dan tidak pernah ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan.

Mujur keluarga angkatnya tidak mengabaikan Mohd Kalno dengan mengajarnya membaca dan menulis di rumah bagi mengelakkan remaja terbabit buta huruf.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

Walaupun dilahirkan di Tawau, difahamkan Mohd Kalno pernah ditangkap pihak berkuasa sebelum dihantar ke sebuah pulau di Filipina ketika berusia 16 tahun akibat tidak mempunyai kad pengenalan (ketika itu) sebelum dia pulang semula ke Tawau.

"Masalah berkahwin ramai dan kemudian meninggalkan anak dan isteri sering kali dihadapi di sini dan ia menjadi antara punca kanak-kanak jalanan ini tidak mempunyai dokumen diri," katanya.

Menurut Jumaat, beberapa operasi bersepadu antara polis, MPT, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Tawau dijalankan bagi mengatasi masalah kanak-kanak jalanan ini.

"Namun disebabkan ketiadaan dokumen pengenalan diri dan undang-undang, mereka ditahan dan ada sebahagiannya dihantar pulang sama ada ke Filipina mahupun Indonesia," katanya.

Ketua Anak Negeri Parlimen Kalabakan, Mansor Palullah, berkata ramai juga individu yang berkahwin di seberang dan tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di negara ini.

"Mungkin disebabkan tidak mahu dikenakan denda dan sebagainya (selepas mendaftarkan perkahwinan), akhirnya pasangan itu tidak boleh mendaftarkan kelahiran anak mereka.

"Dalam hal ini, tahap kesedaran yang rendah di samping enggan mengikuti peraturan ditetapkan menyebabkan anak mereka tidak mempunyai dokumen diri yang sah," katanya.

Sementara itu, Ketua Daerah OKK, Mohd Ayub Kee Abu Bakar, berkata masalah kanak-kanak jalanan ini perlu diberi perhatian khusus oleh kerajaan kerana ia banyak memberi kesan terhadap pembangunan Tawau terutama dalam jangka masa panjang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Full content generated by Get Full RSS.

Kebakaran pertama 2012 <b>di Tawau</b> | Puadede.Com

Posted: 19 Jan 2012 08:16 AM PST

KEBAKARAN di Kampung Titingan atau juga dikenali sebagai Kampung Ice Box Blok 5 pada Subuh hari Ahad (15 Januari 2012) lalu merupakan kebakaran pertama yang berlaku di Tawau pada tahun 2012 ini. Tidak ada yang menjadi buah mulut seluruh pelusuk kampung melainkan kisah kebakaran yang meragut nyawa dua beradik itu. Berat mata memandang, beratlah lagilah keluarga mangsa yang merasai kehilangan keluarga yang tersayang.

Aku mengetahui khabar kebakaran ini sekitar jam 4 subuh melalui facebook. Paginya, kebetulan aku mengikuti satu program kemasyarakatan yang dianjurkan MIC Tawau dan selepas itu, aku, abang Azlan Martin dan Dirmanshah tanpa perancangan awal menuju ke lokasi kejadian. Sesampainya sahaja di sana, ramai yang berkumpul, ada yang masih menangisi kejadian itu, ada yang tercari-cari keluarga mereka dan tidak ketinggalan kanak-kanak yang menggunakan peluang mengumpul besi untuk dijual.

Kami tidak berkata apa-apa, selayaknya hanya bersedih di dalam hati menyaksikan segala yang hangus dengan sekelip mata itu. Untuk rekod, kejadian kebakaran itu telah memusnahkan 6 buah rumah. Kami meniti jambatan yang sebahagiannya juga terbakar, langkahku teragak-agak kerana aku menyedari aku spesis overweight.

Dalam ramai yang berkumpul, pandangan mataku beralih ke satu raut wajah yang aku kenali, dia adalah seorang adik yang aku amat cam mukanya kerana dia pernah menari di satu program di Felda Umas. Aku hampiri dan kutanyakan khabarnya… rupanya dia adalah mangsa kebakaran. Ditunjukkannya tapak rumahnya yang terbakar, dikisahkannya kejadian semalam:

"Kak, aku masih tidak boleh lupa suara adik-beradik yang meninggal itu meminta tolong," katanya.
Sambungnya lagi, dia pada masa kejadian sedang panik melihat api yang tiba-tiba marak, digagahinya mengejutkan keluarganya.
"Aku hanya sempat membawa beg ini, nasiblah di dalamnya semua dokumen pentingku,"

Memandangkan cuaca yang agak panas ditambah lagi keadaannya yang lemah, aku mengagak dia belum makan apa pun lalu mengajaknya untuk ke gerai makan berhampiran.

Dalam perjalanan dia memperkenalkan kakak mangsa dan alangkah terkejutnya aku kerana orang itu aku kenali. Dia adalah anak kepada seorang Mak Andam dan kutanyakan khabarnya. Dengan lemah dan sebak dia terus memelukku dan apa lagi yang mampu aku katakan melainkan bersabarlah dik, ini semua ujian Tuhan, semua ini ada hikmah di sebaliknya.

Allahu akhbar, Al-Fatihah untuk arwah Andi Herah Andi Muddah, dan Puteri Intan Andi Muddah.

PETIKAN BERITA UTUSAN MALAYSIA

TAWAU 15 Jan. – Dua beradik perempuan rentung selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran yang melibatkan tujuh buah rumah di Kampung Titingan, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.30 pagi, Andi Herah Andi Muddah, 19, dan adiknya, Puteri Intan Andi Muddah, 6, ditemui dalam keadaan berpelukan di dalam sebuah bilik sebaik sahaja api berjaya dipadamkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek berkata, pihaknya menemui mayat dua beradik itu selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.30 pagi ini.

"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tawau dan buat masa ini, pihak kami masih menyiasat punca sebenar kebakaran itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, seramai 21 anggota bomba bersama empat jentera bomba bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 3.50 pagi.

Sementara itu, Andi Herah atau lebih dikenali sebagai Nowet, sepatutnya melaporkan diri di Kolej MAHSA cawangan Kota Kinabalu pada 28 Januari ini.

Dua beradik itu masing-masing merupakan anak kedua dan keempat daripada lima beradik, tinggal bersama ibu bapa dan dua lagi adiknya di tingkat bawah rumah dua tingkat manakala neneknya dan 10 anggota keluarganya di tingkat atas rumah itu.

Nenek mangsa, Rahmah Beddu Rahman, 65, yang tinggal di tingkat atas berkata, dia menyedari kebakaran itu setelah mendengar teriakan dari luar rumahnya yang mengatakan ada kebakaran.

"Dalam keadaan gelap, saya bangun dan terus mencari cucu saya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, usaha bapa Andi Herah, Andi Muddah Manawang, 51, untuk menyelamatkan dua anaknya itu bagaimanapun gagal walaupun selepas beberapa kali menendang pintu bilik anaknya itu yang terkunci dari dalam.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, insiden kebakaran itu turut menyebabkan 74 orang daripada 23 keluarga tinggal sehelai sepinggang.

"Kita semua pasti bersedih kerana musibah kebakaran kali ini bukan sahaja memusnahkan harta benda dan tempat tinggal penduduk malah turut melibatkan kehilangan nyawa.

"Bagaimanapun, saya berharap kesemua mangsa dapat bersabar dan menganggap tragedi ini sebagai ketentuan Allah," katanya.

Tambahnya, kerajaan akan memberi bantuan sewajarnya kepada mangsa terlibat bagi meringankan beban mereka.

SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_16.htm

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved