ads

Ahad, 12 Februari 2012

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Kemalangan Ngeri Bas Pelancong Brunei <b>Di Ranau</b> | My Blog Santai

Posted: 20 Dec 2011 11:21 PM PST

Kemalangan Ngeri Bas Pelancong Brunei Di Ranau | bas kemalangan di tuaran sabah | kemalangan bas brunei di ranau | kemalangan bas brunei di tawau | kemalangan bas di Tamparuli sabah 2011

______________________________________________________________________________________________________________________

Enam pelancong warga Brunei maut manakala enam lagi parah selepas bas ekspres yang mereka naiki membawa 33 penumpang dari negara jiran itu hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok di tepi jalan di Kilometer 8.9 Jalan Tamparuli-Ranau, Tuaran, semalam.

Mangsa yang maut ialah Abdul Manan Ishak, 50-an; Pengiran Zahama Zainal, 61; Dayang Norhayati Abdul Hadi, 61; Faridah, 60-an; Sapawi, 60-an dan seorang lagi mangsa wanita belum dikenal pasti.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, kemalangan berlaku pukul 3.05 petang itu menyebabkan dua mangsa maut di tempat kejadian, manakala seorang dalam perjalanan ke Hospital Tuaran dan tiga lagi ketika menerima rawatan.

Katanya, bas itu dalam perjalanan pulang dari Tamparuli ke Ranau dipercayai hilang kawalan setibanya di lokasi kejadian menyebabkan ia terbalik sebelum melanggar sebatang pokok besar di tepi jalan tersebut.

Menurutnya, polis sedang menyiasat kemungkinan bas berkenaan mengelak atau bergesel dengan sebuah van setiba di tempat kejadian.

"Selain enam maut, enam lagi cedera parah, 12 orang separuh kritikal manakala sembilan lagi cedera ringan dan dalam pemerhatian pihak hospital. Pemandu bas dan kelindan bas terselamat," katanya.

Katanya, sebanyak lima ambulans dikejarkan untuk membawa mangsa yang cedera ke Hospital Tuaran dan Hospital Queen Elizabeth II untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Bas yang membawa semua pelancong dari Brunei itu dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu, sebelum pulang ke negara mereka Jumaat ini," katanya.

Beliau berkata, polis akan bekerjasama dengan Konsulat Besar Brunei di Sabah bagi mendapatkan dokumentasi mangsa-mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut, selain maklumat penuh daripada Jabatan Imigresen.

**Takut betul dengan Kemalangan Ngeri Bas Pelancong Brunei Di Ranau ni..

______________________________________________________________________________________________________________________

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved