ads

Isnin, 6 Februari 2012

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Malaysia Zoom » RM1.73 juta rugi akibat kebakaran <b>di Papar</b>

Posted: 07 Jan 2012 03:03 PM PST

PAPAR 6 Jan. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Papar mentaksirkan kerugian sebanyak RM1.73 juta akibat kebakaran kediaman dan bangunan di daerah itu pada tahun lalu.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Iszuedy Rosli Ch'ng berkata, jumlah harta benda yang berjaya diselamatkan daripada kebakaran pula berjumlah RM3.6 juta.

"Bagaimanapun, nilai harta benda yang diselamatkan menurun sebanyak 38 peratus iaitu RM5.76 juta disebabkan kurangnya kes kebakaran berlaku.

"Secara purata keseluruhan perangkaan kebakaran pada tahun lepas menurun 40 peratus iaitu 56 kes berbanding tahun sebelumnya sebanyak 108 kes kebakaran," katanya ketika kepada pemberita di sini hari ini.

Iszuedy berkata, kesedaran orang ramai yang semakin meningkat mengenai bahaya kebakaran menyumbang kepada penurunan kes kebakaran tahun lalu.

Menurut beliau, sepanjang tahun lalu juga, pihaknya telah menerima sebanyak 195 panggilan kecemasan melibatkan kes kebakaran rumah, bangunan dan harta benda serta tugas menyelamat dan khidmat khas.

Katanya, antara panggilan tugas menyelamat dan khidmat khas yang diterima termasuklah menyelamatkan mangsa daripada serangan serangga seperti tebuan, menangkap ular berbisa, kemalangan jalan raya, mencari dan menyelamat mangsa lemas.

Tambahnya, daripada 195 panggilan yang diterima pihak bomba daerah itu, kes kebakaran rumah merupakan yang tertinggi dengan 19 kes diikuti kebakaran lalang (16) dan kilang hanya satu.

Jelasnya, dalam tempoh tersebut, jabatan bomba turut menerima dua panggilan palsu daripada individu yang tidak bertanggungjawab.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved