ads

Ahad, 12 Februari 2012

10 di kunak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


kunakpress.blogspot: Kontraktor air <b>di Kunak</b> diminta laksana tugas <b>...</b>

Posted: 09 Feb 2012 05:49 AM PST

Kontraktor yang mendapat tawaran kerja untuk melaksanakan tugas menyelenggara paip air di daerah ini diingatkan supaya melaksanakan kerja-kerja mereka dengan cekap dan mematuhi standard bagi memastikan perlaksanaan projek berjalan lancar dan memenuhi spesifikasi.
"Tujuan utama untuk kita tekankan perkara ini supaya kontraktor tidak melengah-lengahkan tugas mereka dan mematuhi prosedur kerja yang betul", katanya kepada Harian Ekspress ketika meninjau kerja-kerja penyenggaraan paip utama by-pass untuk penyaluran bekalan air kepada penduduk di sekitar pekan Kunak dan kampung berhampiran yang mengalami gangguan selama lebih seminggu, baru-baru ini.
Lawatan mengejut itu bersama jurutera air daerah, Jefri Eki membawa penyelesaian segera bagi mengatasi krisis air yang melanda beberapa kampung di Kunak termasuk Kg Getah, Taman Kunak Kaya dan kawasan berhampiran.
Nilwan diberitahu bahawa berlaku kerosakan pada tangki simpanan utama di pekan berdekatan premis JKR Kunak.
Dalam pada itu, menurut jurutera jabatan air, kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyenggaraan segera dikerah untuk membuat penyambungan by-pass paip utama ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan.
Gangguan selama lebih seminggu itu mengecewakan penduduk yang mahukan jabatan berkenaan menangani masalah seperti itu dengan lebih cekap dan konsisten. - DE

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved