ads

Jumaat, 17 Februari 2012

10 di kota marudu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


PILIHAN RAKYAT: RAMPASAN TANAH <b>DI KOTA MARUDU</b> DAN <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2012 03:35 AM PST

Penduduk Kota Marudu dan Pitas Dalam Dilema

TUNJUK PELAN TANAH ... Jaipin menunjukkan
pelan tanah yang dipohon oleh syarikat itu.

KOTA KINABALU: Penduduk kampung di daerah Kota Marudu dan Pitas bakal kehilangan hak ke atas tanah-tanah anak negeri (NCR) yang mereka duduki sejak turun temurun, jika kerajaan negeri membenarkan sebuah syarikat swasta Resofocus Corporation Sdn Bhd (Bega Raya Sdn Bhd) mengambil tanah-tanah kampung untuk tujuan pemuliharaan hutan simpan (FMU).


Dalam pelan tanah yang dipohon oleh syarikat itu hanya melibatkan dua daerah iaitu Pitas dan Kota Marudu membabitkan tanah seluas 42,000 hektar (105,000 ekar).

Seorang aktivis masyarakat dari Kampung Bunsadan, Tandek di Kota Marudu, Encik Jaipin Mohigal, 61, ketika ditemui baru-baru ini, berkata dalam permohonan syarikat itu hanya melibatkan dua daerah tetapi, jika pelan permohonan tanah itu diamati turut melibatkan kawasan tanah adat negeri di daerah Beluran.

Menurutnya, syarikat itu telah mengemukakan permohonan tanah pada tahun 2000 (Bil. Permohonan 2004230359) di mana pengukuran dibuat melalui udara (Air Survey).
Beliau juga difahamkan bahawa syarikat besar itu sudah pun menjelaskan bayaran premium tanah sebanyak RM2.5 juta.

"Ini bermakna semua penduduk yang mendiami kawasan-kawasan (daerah) berkenaan akan kehilangan hak ke atas tanah-tanah anak negeri itu buat selamanya dan, ini pastinya akan membantutkan kelansungan hidup mereka," tambah beliau.

"Itulah perkara yang membimbangkan dan menghantui fikiran penduduk terbabit," kata Jaipin lagi.
Beliau difahamkan bahawa surat kelulusan atau kebenaran belum lagi dikeluarkan kepada syarikat berkenan untuk menjalankan kerja-kerja penyukatan darat.

Berdasarkan kepada maklumat itu, katanya, jika benar surat kelulusan belum lagi dikeluarkan kenapa syarikat itu tidak mematuhinya, sebaliknya terus menjalankan kerja-kerja penyukatan dan pencerobohan di kawasan tanah anak negeri yang diduduki penduduk kampung.

Beliau juga tidak pasti bagaimana syarikat itu diberi lesen untuk mengurus FMU yang bertindak lancang menceroboh tanah NCR dan memusnahkan tanaman penduduk hanya semata mata kerana program FMU.
Jaipin turut mempertikaikan sikap kerajaan negeri kerana gagal memantau tindakan melampau syarikat itu yang tidak mematuhi lunas-lunas perjanjian seperti yang termaktub di dalam Sustainable Forest Management (SFM) Licence Agreement mengikut Enakmen Hutan 1968.

"Jelas sekali kerajaan gagal mempertahankan hak-hak Orang Asal di negeri ini sebaliknya lebih cenderung menghakis status NCR tanpa pertimbangan yang adil," ujarnya.

Jaipin amat kesal dan sedih melihat penduduk yang menjadi mangsa kerakusan syarikat bukan sahaja kehilangan rumah, harta benda tetapi sumber rezeki ladang tanaman kerana dimusnahkan tanpa sebarang bayaran pampasan oleh kerajaan mahu pun syarikat itu. 

Beliau ingin tahu bagaimana dengan tanah perkuburan penduduk kampung, adakah kawasan itu turut dibangunkan oleh syarikat untuk tujuan FMU.

Sehubungan dengan itu, Jaipin menyeru kepada semua mangsa-mangsa oleh syarikat yang mengendalikan FMU di negeri ini supaya bangkit mempertahankan hak-hak mereka daripada menjadi rakyat gelandangan.
Dalam kes begini, katanya, sepatutnya bawalah rakyat berbincang dahulu dan beri penjelasan. Bukan menikam rakyat dari belakang.

"Janganlah kerana FMU sehinggakan menyusahkan kehidupan rakyat. Belalah nasib rakyat bukan dianiaya," ujarnya lagi.

"Apalah ertinya slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' sedangkan apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya," katanya.

"Adalah lebih baik jika kerajaan mengekalkan penduduk kampung menetap di kawasan FMU atau di tanah anak negeri yang diwartakan untuk FMU, dengan memberikan mereka kemudahan infrastruktur yang lengkap sesuai dengan lunas-lunas perjanjian dalam FMU.

" Atau, keluarkan sahaja kawasan tanah adat negeri daripada kawasan FMU dan jangan diusik lagi," jelas Jaipin.

Jaipin yang juga bekas Ketua Kampung, Kampung Bunsadan, mendedahkan, sejak berita itu tersebar luas ramai penduduk kampung di daerah terlibat naik angin dan gelisah memikirkan masa depan dan nasib anak cucu mereka.

Menurut Jaipin lagi, sepanjang pengetahuan beliau tidak pernah diadakan dialog bagi membincangkan isu itu di kalangan agensi kerajaan, wakil-wakil rakyat kawasan berkenaan, syarikat dan penduduk.
Ironinya, katanya, pemimpin-pemimpin masyarakat seperti JKKK dan Ketua Kampung langsung tidak mengetahui kewujudan syarikat itu dan tujuan mereka. Ianya datang dengan senyap-senyap seperti pencuri di siang hari.

Jaipin berkata, bahawa beliau juga tidak tahu siapa dalang utama yang membenarkan dan membawa syarikat itu yang begitu ghairah menceroboh tanah-tanah adat di kampung mereka.

Menurutnya lagi, pernah beberapa badan NGO seperti Suhakam telah datang bertemu mangsa-mangsa terlibat perebutan tanah untuk mendapatkan maklumat terperinci kononnya mahu membantu rakyat menangani masalah itu tetapi, sehingga ke hari ini tidak ada khabar berita mengenai penyelesaiannya.

Dan sebagai makluman, katanya, dengan memberi beberapa contoh, ramai penduduk Kampung Pinatau, Kg Melangkap dan Kg Marak Parak di daerah Kota Marudu telah mengemukakan permohon tanah sejak tahun 1967 dan 1973 lagi tetapi, tidak satu pun daripada permohonan itu diluluskan oleh kerajaan.

Jaipin juga merayu kepada keprihatinan Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman supaya campur tangan mengatasi masalah itu demi kebaikan kerajaan dan rakyat di kawasan terbabit, dalam erti kata sebenar kedua-dua pihak 'menang menang'.

PELAN TANAH ... lakaran tanah yang dipohon
oleh syarikat melibatkan keluasan 42,000 hektar.- Sidang rakyat Blogspot.com

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved