ads

Ahad, 5 Februari 2012

10 di kota marudu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


I LOVE MARUDU: <b>Kota Marudu</b>: Sokong Jalius Jaibin <b>di</b> Pilih Kasih <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2012 08:08 PM PST


Selepas bejaya dalam Pilih Kasih 1 dan 2, kini Pilih Kasih 3 kini kembali. Program Reality TV di RTM yang diasaskan oleh Rosyam Nor bertujuan untuk mencari pelakon untuk Malaysia. haha. Program ini menguji kebolehan peserta dalam seni lakon diatas pentas yang di panggil Pentas Pilih Kasih. Wow hebat kan. Orang Sabah memang berbakat dan ujibakat seringkali diadakan di Sabah. Pilih Kasih 1 saja.. 5 orang dari Sabah dapat masuk Top 16. Pilih Kasih 2 pula 2 orang masuk Top16. Dan Pilih Kasih 3 ni pun 2 orang masuk Top16. Hehehe :)

Apa yang bagus untuk Pilih Kasih 3 ni, ada anak jati Kota Marudu masuk dalam senarai Top 16 itu. Tahniah untuk Jalius Jaibin, 25. Undi Jalius ok.


Jalius pernah mengikuti Program Reality RTM iaitu Tiada Lama Tiada Baru Satu Satunya 2011 dalam Kategori Iras Artis. Wajahnya mirip pelakon terkenal iaitu Fauzi Nawawi.

Jalius Jaibin juga berbakat dalam bidang nyanyian kerana beliau adalah pemenang ke-2 pertandingan nyanyian sempena Pesta Jagung Kota Marudu 2008.

Seperti dua musim terdahulu, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang Negeri Sembilan sekali lagi menjadi medan tumpuan ramai apabila Pentas Mingguan Pilih Kasih berlangsung di lokasi ini sepanjang 11 minggu.

16 peserta Pilih Kasih 3 2012 adalah:

Lelaki
1. Yizee Ariff, 21 (Pahang)
2. Ai Iqmal, 18, (Negeri Sembilan)
3. Fareth Agang, 21 (Sabah)
4. Nizen Ayob, 27 (Johor)
5. Heri Aszmo, 24 ( Sarawak)
6. Airil Reffa, 26 (Pulau Pinang)
7. Jalius Jaibin, 26 (Kota Marudu, Sabah)
8. Hakim Yazid, 26 (Selangor)

Wanita
1. Reen Rahim, 24, (Selangor)
2. Miza Azura, 27 (Kuala Lumpur)
3. Hiera Hasan, 26 (Selangor)
4. Theera Alias, 22 (Kuala Lumpur)
5. Aada Zara, 21 (Kedah)
6. Sura Sojangi, 22 ( Selangor)
7. Naqia Nasution, 26 (Selangor)
8. Marina Jose, 23 (Sarawak)

Jadual siaran Pilih Kasih
20 November 2011 – 22 January 2012
25 January 2012 – 12 April 2012
9.00  hingga 10.00 malam
28 January 2012 – 14 April 2012
9.00 hingga 11.00  malam
5 Febuari 2012 – 8 April 2012
Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved