ads

Sabtu, 4 Februari 2012

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Kenangan <b>di Kota Kinabalu</b> Sabah November 2011

Posted: 28 Jan 2012 11:20 AM PST

sebelum mendarat di kota kinabalu airpot

Gambar ni diambil semasa pengumuman "tuan-tuan, kita akan mendarat sebentar lagi, blalalala...."

Salah satu sebab kenapa blog ni dari penghujung tahun lepas sehingga sekarang tidak ada entri terkini adalah tidak lain tidak bukan tuan punya blog ini asyik ke sana ke mari untuk urusan kerja, nak buat macam mana kerja tu jugalah menyara kami sekeluarga dan nak ke tak nak tugas mesti dilaksanakan dengan sebaiknya kerana kerja kan sebahagian dari ibadat kita seharian.

Jadi nak kata aku bernasib baik, bertuah ataupun kaki bodek aku pun tak tahu nak kategorikan dalam situasi mana, cuma mungkin rezeki yang Tuhan bagi tu awal buat aku. Kalau nak diikutkan aku yang baru setahun jagung dalam pekerjaan aku sekarang ni memang lah ramai orang berkata aku tidak layak untuk menggalas tugas ini, tapikan hendak seribu daya dan tak nak seribu dalih.

Kelaut dah entri ini sebenarnya, tajuk bukan main "kenangan di Kota Kinabalu Sabah November 2011″ haha maafkan aku wahai kawan-kawanku pembaca blog ini, bila dah mula mengetuk papan kekunci ni biasalah emosi tak berapa nak stabil, hati-fikiran tak berapa nak synchronize dengan papan kekunci laptop.

Nak kata kenangan bukanlah kenangan sangat pun cuma bila jauh perjalanan maka luas pengalaman, ya dak? Seperti biasa juga mana mampu untuk merakam setiap detik apa yang dilalui sepanjang berkunjung ke kota kinabalu sabah kerana tujuan aku kesana bukannya makan angin tetapi urusan kerja, cuma sempat juga la berjalan-jalan sekejap tengok tempat orang. Sepanjang berada di sana sempat lah aku usung DSLR aku tu kesana kemari dan aku kongsikan bersama kamu semua, jadi layan…dan aku nak cakap awal2 gambar semua kelaut.

majis universiti malaysia sabah

ni pandangan dari bilik hotel tempat aku tidor dan kalau nak tau inilah masjid universiti malaysia sabah

seminar keselamatan kebakaran oleh pusat khidmat kontraktor

inilah tujuan asal aku ke kota kinabalu, pergi bagi talk untuk seminar anjuran Pusat Khidmat Kontraktor dan gambar kenangan selepas habis exam

gambar dalam bilik hotel grand borneo di one borne sabah

ni gambar dalam bilik, malas nak ambil gambar katil sebab dah berterabur dan lupa nak ambil gambar dulu

kitab suci al quran dan holy bible

korang jangan terkejut kalau menginap di hotel dekat sabah kerana kedua2nya disediakan di dalam laci dan sila jangan lakukan provokasi dgn gambar ini ok

pasar filipina

pasar filiphina sebagai tempat yang wajib dikungjungi sekiranya ke kota kinabalu dan memang banyak batu permata dijual disini

ikan bilis sabah

barang wajib beli sebelum balik ke semenanjung dan mereka sediakan perkhidmatan membungkus kotak secara percuma

Banyak lagi gambar yang aku ambil sepanjang 4 hari berada di sabah tetapi banyak yang tidak sesuai untuk upload dan dikongsikan disini. Apapun memang seronok kalau nak bercuti tempat orang tambah-tambah lagi tempat yang jarang2 kita dapat pergi.

Sebenarnya aku ada masa sehari extra disana tetapi mengenangkan pergi sabah seorang diri jadi tak berapa nak best berjalan dan teringat dekat anak serta anak mak mentua haha. Kesudahannya lepas habis shopping beli barang petang tu terus pergi lapangan terbang kota kinabalu dan duduk dalam 'waiting list/senarai menunggu' untuk balik awal sehari ke kuala lumpur dan memang rezeki aku dapat juga balik awal sehari. Itulah kelebihan menggunakan flight MAS sebab boleh tukar tarikh penerbangan.

Nota : Awek-awek sabah putih-putih betul, memang hati kena sabar dan iman kena kuat, apa-apa pun semuanya bergantung kepada niat kita.

Full content generated by Get Full RSS.

GELANDANGAN <b>DI KOTA KINABALU</b> « ABU NUHA CORNER

Posted: 16 Dec 2011 07:14 AM PST

Jujurnya saya mendapat inspirasi daripada dua orang.

Pertamanya apabila saya membaca aktiviti dan projek bantal yang dianjurkan oleh selebriti dan blogger Mazidul Akmal Sidik melalui blog beliau. Saya mendapat maklum tidak kurang 100 orang gelandangan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Mazidul dan kawan-kawannya melancarkan projek bantal dan ramai pelayar blog beliau yang memberikan sumbangan.

Keduanya, saya pernah menonton seimbas lalu di tv satu program memberi makanan kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur oleh sekumpulan anak muda. Tidak pula saya ingat kumpulan berkenaan. Apabila al-Mursyid Dr Zulkifli Mohammad al-Bakri ke Kota Kinabalu beberapa minggu lepas, beliau ada menceritakan aktiviti kumpulan ini. Mereka menyediakan makanan (kalau tidak salah sekali atau dua kali seminggu) di Masjid Jamek Kuala Lumpur, dengan syarat mereka menyertai solat berjamaah dan tazkirah yang diadakan.

Tengah malam tadi, saya lepak-lepak dengan dua sahabat, Cikgu Nik Suhaimi dan Wan Azhaniz di gerai-gerai Asia City. Sebenarnya saya sudah bercerita tentang hal itu beberapa hari sebelumnya. Selesai minum-minum sekitar jam 1, saya mencadangkan agar kami membuat tinjauan awal suasana bandaraya Kota Kinabalu selepas tengah malam. Sebenarnya kami tidak tahu di mana gelandangan selalu bermalam, jadi malam tadi hanya untuk kami mengambil mood sebelum tindakan lain menyusul nanti.

Kami bergerak perlahan sekereta saja bermula di kawasan Sinsuran. Seorang lelaki tua tidur di kaki lima tepi sebuah kedai. Dapat satu. Kami jalan lagi dan tidak bertemu sesiapa di kawasan Sinsuran ini. Berpusing di sekitar Hotel Hyatt dan Wisma Merdeka, kami menemui seorang ibu dan anak lingkungan umur 5-6 tahun tidur di atas bangku panjang belakang Wisma Merdeka. Dapat lagi.

Bergerak ke kawasan Dewan Masyarakat dan terus lalu ke Balai Polis KK, Padang Merdeka. Kami menemui beberapa orang tidur depan dewan, ketika itu kami tidak dapat menghitung tepat kerana hanya melintas lalu. Permulaan kami agak-agak di sini mungkin 3-4 orang. Kami memutuskan untuk singgah kembali ke Asia City dan saya membeli 5 bungkus nasi ayam dan air mineral buat program pelancaran malam tadi.

Pusingan kedua ini barulah kami berhenti singgah.

Wardah berumur 30an katanya berasal dari Kinabatangan, baru beberapa malam tidur di belakang Wisma Merdeka ini. Dia mempunyai 3 anak, dua daripadanya dijaga oleh keluarganya dan dia hanya membawa seorang yang berumur 5-6 tahun. Katanya menanti suaminya yang bekerja di Kota Belud. Mukanya sesekali tertawa kecil dan sesekali kami lihat ketakutan, barangkali menyangka kami polis. Kasihan melihat anaknya yang tidur kesejukan dan Cikgu Nik memberinya bantal kecil yang kebetulan ada di keretanya.

Kami menyinggah di kaki lima Sinsuran. Pakcik itu bernama Joseph, bangsa  india penganut Kristian Katholik. Katanya berasal dari Hulu Kelang Selangor. Belum lama di sini, katanya baru 10 tahun! Entah betul atau tidak maklumat yang mereka berikan, tidak mengapalah kerana niat kami sekadar menyampaikan sumbangan makanan.

Kami ke dewan pula. Ada 3 bungkus berbaki. Rupanya bukan sekadar 3-4 orang tapi lebih sebenarnya. Mereka yang menginap di sini agak mesra dengan kami. Pakcik Mohd Din, 58 tahun dari Papar seorang muallaf, masih ada lagi tatto di tubuhnya. Rosli 30an, berasal dari Tamparuli, pernah bekerja di sebuah kedai nasi ayam. Di sisinya teman perempuannya bernama Linda dari Tuaran. Kami nasihatinya agar pulang nanti ke rumah.

Di sana juga ada Raynold berumur 33 tahun. Mengejutkan Raynold adalah penghidap HIV sejak 8 tahun lalu. Berasal dari Kota Belud dan tidur di sini sejak 6 tahun lalu. Ada kisah lama sehingga dia tidak diterima oleh keluarganya. Saya kira di sini tidak berhajat untuk menceritakan secara terperinci kisah lama dan kampung asal mereka – cukup sekadar daerah sahaja.

Sebenarnya ada lagi beberapa orang di situ tetapi sedang nyenyak tidur, sementara bekalan nasi yang kami bawa pula sudah kehabisan. Sekitar jam 2 kami selesai untuk kali ini, dengan hajat untuk datang membantu mereka lagi pada masa akan datang. Kami berharap dapat bantuan dan sumbangan para pembaca blog ini dan boleh hantar mesej peribadi melalui facebook saya. Klik facebook di ruang sisi kanan blog ini jika berminat untuk membantu daripada segi kewangan atau ingin menyertai ziarah kami.

Kami bertiga berhajat untuk meneruskan misi ini secara tetap, seminggu sekali atau dua kali menurut kemampuan kami, mungkin antara 10-15 bungkus makanan untuk sekali ziarah. Kami jangka masih ada gelandangan lain yang tidur di kawasan-kawasan lain. Mohon bantuan juga sekiranya ada yang mengetahui lokasi mereka untuk kami ziarahi dan kenal pasti. Kami tidak berhajat untuk mempersoal dan mempertikaikan agama, bangsa, umur, tenaga, kerjaya para gelandangan ini. Niat kami sekadar membantu.

Maklumat lain akan kami kongsikan daripada masa ke masa.

Full content generated by Get Full RSS.

Tempat menarik <b>di Kota Kinabalu</b> | Pelik Bin Ajaib

Posted: 11 Dec 2011 04:57 PM PST

Tempat menarik di Kota Kinabalu. Sempena cuti hujung tahun ini. Admin akan update tempat-tempat menarik untuk dilawati. Memang banyak tempat menarik di seluruh dunia nie untuk dilawati, bahkan tempat-tempat menarik yang ada di negara kita sendiri Malaysia pun tak habis lawati lagi. Kalau ada pun tak ramai, yang kaki melancong mungkin ada yang sudah melawat semua tempat menarik di Malaysia nie. Ada tak diantara pembaca blog www.PelikBinAjaib.com yang sudah habis melawat seluruh Malaysia nie?

Kalau ada boleh la kongsi pengalaman sebernar melawat tempat-tempat menarik di Malaysia nie. Kali ini Admin nak kongsikan tempat menarik di Kota Kinabalu yang boleh anda lawati. Di bawah ini Admin himpunkan senarai tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu, Sabah:

tempat menarik di Kota Kinabalu Sabah

  • Pasar Tamu Dongonggon (pasar mingguan)
  • Menara Tun Mustapha (menempatkan jabatan-jabatan kerajaan negeri Sabah)
  • Muzium Negeri Sabah
  • Masjid Negeri Sabah dan Kampung Budaya
  • Pantai Tanjung Aru
  • Karambunai Resort
  • Sutera Harbour Resort
  • Padang Merdeka Kota Kinabalu
  • Menara Jam Atkinson
  • Taman Zoologi
  • Muzium Tamadun Islam
  • Tinggalan Rumah Besar Kinarut
  • Memorial Perang Petagas
  • Galeri Tun Mustapha
  • Kampung Budaya Monsopiad
  • Karambunai Resorts Golf Club
  • Kereta api Borneo Utara / North Borneo Railway
  • Menara Jam Atkinson
  • Menara Tun Mustapha
  • Orchid de Villa
  • Pasar Kraf tangan
  • Lawatan ke Kilang Kopi Cap Kuda
  • Platform Pemerhatian Bukit Signal
  • Pusat Santaian Tubuh dan Minda Jari Jari / Jari-Jari Body & Mind Relaxation
  • Pusat Tanah Lembap Kota Kinabalu
  • Sabah Golf & Country Club
  • Sutera Harbour Golf & Country Club
  • Taman Penyembuhan Tradisional Ka'andaman
  • Tamu Mingguan Jalan Gaya
  • Tamu Penampang
  • The Waterfront
  • Acara berlangsung di sekitar Kota Kinabalu (Ibu Negeri)

  • Persidangan Cheshire Home Asia Pasifik Timur: 08 hingga 11 Oktober 2010
  • Ekspo Antarabangsa Sabah (SIE) 2010: 15 hingga 19 Oktober 2010
  • Pesta Burung Borneo 2010: 15 hingga 17 Oktober 2010
  • Cabaran Borneo Safari 2010: 24 hingga 31 Oktober 2010
  • Bila tengok senarai tempat menarik di Kota Kinabalu memang nampak tertarik, tapi tak tahu nak melawat tempat mana dahulu. Hendak mula dari tempat paling jauh atau mula dari tempat yang dekat dengan hotel? Kena tahu juga pukul berapa tempat lawatan dibuka dan sebagainya. Untuk dapatkan panduan pelancongan mudah sahaja. Setiap hotel di sana kebanyakannya menyediakan flyer-flyer kepada pelanggan mereka. So, jangan segan untuk bertanya. Bukan apa, untuk mengelakkan daripada Anda membazir masa. Lebih baik lagi jika anda beli peta Kota Kinabalu di kedai buku dalam RM10 ja.

    Ok, kita masuk pula tentang hotel paling best di Kota Kinabalu. Ada banyak hotel di Kota Kinabalu nie, dan kalau nak Admin senaraikan semua sekali hotel-hotel di Kota Kinabalu Sabah nie memang tak terkira, jadi Admin pilih hotel-hotel yang menjadi pilihan ramai sahaja aka pilihan 10 teratas:

    1. Nexus Resort Karambunai
    2. Shangri-La's Tanjung Aru Resort and Spa
    3. The Pacific Sutera
    4. The Beach Lodge
    5. Sutera Harbour Resort
    6. Kinabalu Backpackers Lodge
    7. Promenade Hotel
    8. Hyatt Regency Kinabalu
    9. Red Palm Hostel
    10. Lavender Lodge

    Oleh kerana hotel-hotel yang Admin senaraikan itu best, maka harganya pun best lah. Kalau Anda nak cari dan tempah hotel di Kota Kinabalu, anda boleh saja melakukannya secara online, mudah dan murah berbanding jika anda tempah di kaunter hotel itu sendiri! Untuk tempahan hotel secara online layari pautan ini: Kota Kinabalu Hotels by Hotels Combine

    Ataupun guna fungsi search yang Admin sediakan di bawah ini, lagi senang. Masukkan "Nama Destinasi", "Masa", "Jumlah Ahli", dan "Bilangan bilik yang ingin di sewa" kemudian klik butang "Search", Anda akan terus dapat semua senarai hotel-hotel mengikut permintaan anda yang terdapat di Kota Kinabalu:

    Semua maklumat hotel di Kota Kinabalu Sabah disediakan, dari paling mahal sehinggalah yang paling murah!

    Kereta sewa di Kota Kinabalu

    Erm, asyik sembang pasal tempat menarik di Kota Kinabalu dan hotel, jangan lupa pula tentang kereta sewa. Masuk dalam budget juga tu. Kadar kereta sewa dan kos minyak kereta. Kalau melancong bersama keluarga lebih baik ambil kereta sewa, kalau nak sewa teksi kat Kota Kinabalu memang mahal, seperjalanan dari Lapangan Terbang ke bandar Kota Kinabalu saja lebih kurang RM30.00, jadi Anda dinasihatkan kalau nak melancong ke Sabah sila sewa kereta sewa.

    Untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa, boleh rujuk pautan nie ~ KLIK SINI

    Ok, Admin rasa sekadar itu penerangan dan maklumat yang dapat Admin kongsikan buat masa ini. Nanti jika Admin ada maklumat tambahan, Admin akan kemaskini dari masa ke semasa, insya-Allah. Selamat bercuti!

    Artikel yang berkaitan:

    Full content generated by Get Full RSS.

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

     

    BLOG SABAH

    Copyright 2010 All Rights Reserved