ads

Selasa, 28 Februari 2012

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


BORNEO DIGEST: UCAPTAMA DATUK MUSA <b>DI KENINGAU</b> <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2012 06:22 PM PST


KENINGAU (Sabah Malaysia): Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj. Aman akan menyampaikan ucaptama di Majlis Penerangan Perdana Peringkat Zon 4 di Keningau pada 26 Febuari ini.
   Zon 4 terdiri daripada Umno Bahagian Keningau, Pensiangan, Ranau dan Tenom.
   Pengerusi majlis itu Datuk Sairin Hj. Karno memberitahu, seramai 3000 orang akan menghadiri majlis itu yang akan diadakan di Dewan Masyarakat Keningau.
   Sairin yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah memberitahu, dua kertas kerja yang masing-masing bertajuk – Dasar Kerajaan dan Pembangunan Negara serta Isu-isu semasa Negara akan disampaikan pada majlis yang diadakan seawal jam 8 pagi itu.
   Beliau berkata, majlis itu amat penting kerana banyak isu-isu yang dikupas dan dijelaskan kepada rakyat sebelum menghadapi pilihanraya ke-13, yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa daripada sekarang.
   Orang ramai khususnya yang tinggal di sekitar Keningau dan seluruh Zon 4, adalah dijemput untuk menghadiri majlis itu. 

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved