ads

Sabtu, 1 Oktober 2011

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Tiada bekalan elektrik <b>di</b> Kg. Layung, <b>Lahad Datu</b> | Aduan Rakyat <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2011 11:17 AM PDT

Assalammualaikum,

Saya ingin membuat aduan bahawa tempat tinggal saya iaitu Kg.Layung yang terletak di Lahad Datu,Sabah masih lagi tidak mendapat bekalan elektrik sejak dari dahulu sampai sekarang. sejak dari dulu sampai sekarang permohonan yang telah di buat langsung tidak mendapat perhatian daripada pihak yang berkuasa. Apa yang lebih menyedihkan apabila permohonan telah di terima dan pihak yang berkuasa telah pun membuat penghantaran tiang elektrik masuk ke dalam kampung tapi telah di tarik semula. Bukan sahaja bekalan elektrik yang tidak dapat,malah masalah jalan rosak juga bertambah teruk.

Yang menjadi tanda tanya kenapa hal seperti ini langsung tidak mendapat apa-apa maklumbalas daripada pihak yang berkuatkuasa sedangkan kampung saya telah lama menapak di Negeri ini dan mempunyai penduduk yang langsung tidak mempunyai masalah dalam surat pengenalan diri. sedangkan kampung-kampung lain yang mempunyai penduduk yang bermasalah dari segi surat pengenalan diri dan hanya menumpang di tanah kerajaan pula mendapat keistimewaan seperti mendapat bekalan elektrik dan bekalan air.Kenapa?

Walaupun pihak kami telah membuat banyak kali permohonan untuk bekalan air,namun masih tidak mendapat apa-apa sambutan dari pihak yang berkuasa. Banyak isu yang keluar dari dada akhbar dan media-media elektronik yang kita dengar mengenai masalah seperti ini tetapi cepat  pula mendapat sambutan daripada pihak yang berkuasa. sedangkan kampung saya yang telah membuat banyak kali aduan dan permohonan tidak pula mendapat apa-apa sambutan. tidak kah ini menjadi persoalan dalam diri?seolah-olah kampung saya di "anak tirikan" oleh pihak berkuasa.

Ini adalah amat bertentangan dengan Rancangan Malaysia yang sentiasa di bahaskan oleh kerajaan. Perkara ini amatlah tidak adil bagi masyarakat setempat seperti kami semua. Saya amat berdukacita dengan hal ini.

Saya harap aduan ini mendapat perhatian pihak yang berkuasa..

Wasalam..

By: nurhidayah binti lamantali

Aduan yang berkaitan:

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved