ads

Jumaat, 2 September 2011

10 di tenom - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


KC UMNO AKUI PKR BERPENGARUH <b>DI TENOM</b>

Posted: 23 Jun 2010 07:05 AM PDT

Share

 

Oleh: HJ.WAHAB TIMPAI.

PENGALAMAN politik orang veteran seperti Datuk Halik Zaman akan menggoncangkan kedudukan Barisan Nasional (BN) di kawasan Tenom di akhir-akhir ini, kata salah seorang Ketua Cawangan Umno Pansailon, Basir Basuti.

Setiap kehadiran pemimpin pembangkang veteran itu di Tenom, ada saja ahli dari umno dilihat menemuinya untuk tujuan menyertai Parti Keadilan.

"Halik menggunakan startegi luar biasa mendekati masyarakat. Dia tidak memilih bulu, keturunan dan faktor usia, serta status kedudukan telah mengamit hati rakyat berpusu-pusu datang berjumpanya," jelas Basir kepada Sabahkini.net

Basir, pesara tentera menubuhkan cawangan UMNO di kampung Pansailon di masa kepimpin Datuk Rizalman Abdulah sebagai Ketua UMNO Bahagian Tenom.

Bagaimanapun, Basir kecewa kerana kempimpin yang baru dalam Bahagian Datuk Rubin Balang dirasainya selah-olah penglibatan beliau dalam UMNO tidak diperlukan lagi.

Menurutnya, Halik Zaman adalah idola beliau sejak pemerintahan BERJAYA dan amat mengetahui startegi beliau memujuk individu untuk boleh berfikir dan pada akhirnya menerima penjelasan, kemudian masuk turut berjuang atas nama parti.yang diperjuangankan oleh Halik itu sekarang iaitu PKR.

Halik, kata Basir, merupakan anak watan di Tenom yang tidak asing lagi kerana ramai rakan-rakan seperjuangan beliau dalam parti BERJAYA menemuinya bukan sekadar untuk bersembang-sembang di kedai kopi ketika beliau berada di Tenom setiap minggu, malah menyertai PKR secara sukarela.

Perubahan ketara, dalam PKR di sini, tambah Basir lagi, kesanggupan Halik Zaman mengorbankan kewangan beliau untuk mengwujudkan Pejabat PKR di Tenom bagi memudahkan rakyat berurusan berkaitan dengan politik, berbanding pada sebelum ini PKR tiada pejabat.

Menjawab soalan lain dari Sabahkini.net, Basir masih menganggap peribadinya berada dalam UMNO, namun beliau tidak menidakkan sebarang kemungkinan perubahan dari semasa ke semasa akan berlaku kerana sebagai manusia yang boleh berfikir secara positif dan negatif akan bertindak ketika masanya.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved