ads

Rabu, 14 September 2011

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


ANAK TIKAM IBU DAN BAPA <b>DI SANDAKAN</b> | BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2011 08:26 PM PDT

by YUSOP TEPPO. Posted on September 15, 2011, Thursday

LOKASI KEJADIAN...Rumah tempat pasangan suami isteri mati dibunuh, dipercayai ditikam anak sendiri, di Sandakan kelmarin.

SANDAKAN: Sepasang suami isteri ditemui mati dibunuh, manakala anak perempuan mereka cedera parah akibat ditikam, dipercayai oleh adik lelakinya di rumah mereka di Batu 1 ½ Jalan Utara, malam Selasa.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rowell Marong, berkata mangsa dikenali sebagai Yew Hiap Foh, 70an, bekerja sebagai pekebun sayur ditemui mati terbaring di lantai bilik tidur dengan kesan tikaman di dada.

"Isterinya, Chu Ching Moi, 60an, yang juga mempunyai kesan tikaman di dada ditemui mati terbaring di atas sofa di ruang tamu rumah berkenaan," katanya.

Beliau menambah, anak perempuan mereka, Yew Pui Lin, 37, mengalami kecederaan parah di bahagian perut akibat ditikam.

"Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam, anak perempuan mangsa yang berumur 30 tahun dan tinggal berasingan di Taman Indah Jaya yang merupakan pengadu kes berkenaan telah menerima panggilan telefon dari kakaknya untuk mendapatkan bantuan dengan mengatakan adik lelaki mereka telah menikam kakaknya itu," katanya.

Rowell berkata, apabila pengadu dan suaminya sampai di rumah ibubapanya, mereka mendapati pasangan suami isteri itu telah meninggal dunia akibat ditikam. Kakaknya pula mengalami kecederaan parah juga akibat ditikam di perut.

"Pengadu kemudiannya bertindak menghubungi pihak polis dan mendapatkan bantuan pihak hospital bagi membawa kakaknya yang cedera," katanya.

Beliau berkata, kakaknya telah dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent untuk menerima rawatan lanjut. Polis sedang menjalankan siasatan di rumah berkenaan apabila tiba-tiba suspek yang berumur 31 tahun kembali ke rumah itu dengan menaiki sebuah kereta sebelum ditahan oleh pihak polis.

Rowell berkata, sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu ditemui oleh pihak polis berhampiran ruang tamu rumah terbabit.

"Semasa ditahan, suspek berbau arak. Dia yang bekerja sebagai pekebun sayur telah dibawa ke hospital sama untuk diambil contoh darah bagi siasatan lanjut.

"Pasangan suami isteri itu dan mangsa yang cedera tinggal bersama suspek di rumah berkenaan. Sebelum kejadian itu, suspek pernah mengugut hendak menikam kedua ibubapanya kerana suspek hendak menjual rumah berkenaan," kata Rowell.

Bagaimanapun, tambahnya, pasangan suami isteri berkenaan telah memberikan rumah itu kepada kakak suspek.

Suspek pernah menjalankan satu perniagaan di Semenanjung Malaysia tetapi telah muflis sebelum kembali ke Sabah, katanya.

Rowell berkata pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut terhadap kes berkenaan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved