ads

Khamis, 29 September 2011

10 di kota marudu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


SUARA BEBAS TUARAN: Masaalah Tanah Adat <b>Di Kota Marudu</b> <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2011 01:02 AM PDT

SUARA BEBAS TUARAN: Masaalah Tanah Adat Di Kota Marudu Hampir Selesai?


Harapan 50 buah kampung di Tandek dan Matunggong dalam daerah Kota Marudu nampak nya semakin cerah bilamana pemimpin-pemimpin dari kampung tersebut bersetuju menerima cadangan penyelesaian oleh kerajaan untuk mengeluarkan hak adat pribumi (NCR) mereka ke atas tanah di kawaan-kawasan yang diluluskan kepada Begaraya Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) bagi perladangan hutan.
  • Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga anggota Parlimen Kota Marudu, berkata, perkara itu dipersetujui oleh pemimpin masyarakat berkenaan pada mesyuarat yang diadakan dengan mereka kelmarin.
  • Menurut Maximus,penyelesaian ini meliputi memberikan kawasan seluas 20 ekar kepada setiap keluarga dan individu yang berumur lebih 21 tahun di kampung-kampung yang terbabit. Ini membabitkan 15 ekar tanah geran komunal dan lima ekar sebagai sebahagian tanah simpanan kampung. Selanjut nya, penyelesaian itu melibatkan kira-kira 1,000 keluarga.
  • Maximus berkata, diputuskan mereka yang berumur 21 tahun ke atas juga mendapat manfaat daripada penyelesaian itu bagi memastikan kepentingan setiap orang diambil kira termasuk ibu tunggal dan golongan kurang upaya.
  • Katanya, proses mengukur tanah bagi geran komunal itu akan bermula bulan depan dan Jabatan Tanah dan Ukur dijangka menyiapkan sekurang-kurangnya empat geran komunal menjelang akhir tahun. Kawasan terlibat ialah Kampung Sungai Magandai, Kg Samparita dan Kg Dalamason di Tandek, dan Kg Mangin 1/Mangin 2 di Matunggong.
  • Maximus juga menyifatkan penyelesaian itu adalah konsisten dengan prinsip kerajaan "Rakyat Didahulukan" iaitu pemilik tanah NCR didahulukan berbanding agensi kerajaan atau syarikat swasta dalam perkara membabitkan tanah yang menjejaskan kepentingan rakyat.
Dalam pada itu, Maximus menyarankan agar syarikat atau agensi kerajaan tidak sesuka-hati mengambil tanah daripada penduduk kampung yang telah tinggal dan mengusahakan tanah mereka selama beberapa dekad," katanya.
Ongkili turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman kerana bersetuju dengan permintaan pemilik tanah NCR dan Jabatan Tanah dan Ukur untuk menyelaraskan proses penyelesaian itu termasuk mengadakan sesi pendengaran bagi semua pihak yang terlibat.
Sumber: Bernama

Gambar Lori Kemalangan <b>di Kota Marudu</b> | my.Mustaffa

Posted: 11 Aug 2011 06:47 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Salam Jumaat rakan semua. Semalam aku dan rakan sekerja pergi ke Kota Marudu. Memang agak kurang sikit aktiviti out-station bulan puasa ni berbanding.

Penduduk <b>Kota Marudu</b> menikmati kemudahan dua jalan berturap <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2011 09:24 PM PDT

Posted on September 8, 2011, Thursday

KOTA MARUDU: Ribuan penduduk Kota Marudu dan beberapa perkampungan sekitarnya akan menikmati kemudahan dua jalan berturap tar, satu daripadanya dijangka siap dalam tempoh 10 bulan dan satu lagi dalam tempoh dua tahun tahun.

Jalan Tagaroh sejauh 3.7km dijangka siap dalam tempoh 10 bulan manakala Jalan Lubuk Buyut sepanjang 9.2km dijangka siap dalam tempoh dua tahun, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili ketika melancarkan kerja menaik taraf kedua-dua jalan itu di sini kelmarin.

Katanya, kedua-dua projek itu yang bernilai RM43 juta adalah sebahagian daripada program Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur luar bandar.

"Dua projek ini akan memberi manfaat kepada ramai pengguna jalan dan penduduk 10 buah kampung di sekitar Kota Marudu," kata Ongkili.

Sebatang jalan lagi di Kota Marudu yang telah dinaik taraf telah siap dibina manakala dua lagi akan juga dinaik taraf, katanya. — Bernama

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved