ads

Sabtu, 10 September 2011

10 di kota marudu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


Penduduk <b>Kota Marudu</b> menikmati kemudahan dua jalan berturap <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2011 09:24 PM PDT

Posted on September 8, 2011, Thursday

KOTA MARUDU: Ribuan penduduk Kota Marudu dan beberapa perkampungan sekitarnya akan menikmati kemudahan dua jalan berturap tar, satu daripadanya dijangka siap dalam tempoh 10 bulan dan satu lagi dalam tempoh dua tahun tahun.

Jalan Tagaroh sejauh 3.7km dijangka siap dalam tempoh 10 bulan manakala Jalan Lubuk Buyut sepanjang 9.2km dijangka siap dalam tempoh dua tahun, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili ketika melancarkan kerja menaik taraf kedua-dua jalan itu di sini kelmarin.

Katanya, kedua-dua projek itu yang bernilai RM43 juta adalah sebahagian daripada program Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur luar bandar.

"Dua projek ini akan memberi manfaat kepada ramai pengguna jalan dan penduduk 10 buah kampung di sekitar Kota Marudu," kata Ongkili.

Sebatang jalan lagi di Kota Marudu yang telah dinaik taraf telah siap dibina manakala dua lagi akan juga dinaik taraf, katanya. — Bernama

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved