ads

Sabtu, 24 September 2011

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


UMS Tambah Kampus <b>Di Keningau</b> Dan Hospital Universiti UMS <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2011 01:06 AM PDT

KOTA KINABALU 9 Sept. – Dua projek pembangunan bagi Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi memantapkan bidang pengajian tinggi di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, ia merangkumi pembinaan kampus UMS cawangan Keningau dan hospital universiti untuk melengkapkan kewujudan Sekolah Perubatan di universiti tersebut.

Musa yang juga Pro Canselor UMS berkata, bagi kampus cawangan Keningau, sebidang tanah seluas 12 hektar telah dikenal pasti di Kampung Apin-Apin bagi membina kampus tersebut.

"Pemilihan Keningau sebagai lokasi tersebut dibuat kerana ia sesuai sebagai pusat asasi dan penyelidikan pertanian serta penternakan, malah ia terletak tidak jauh dari Kota Kinabalu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis lafaz ikrar dan akujanji siswa siswi baru UMS dan minggu suai mesra sesi 2011/2012 di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tan Sri Abdul Hamid Egoh; Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa dan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Seri Kamaruzaman Ampon.

Mengulas lanjut, Musa berkata, pembinaan Hospital Universiti UMS pula akan bertindak sebagai pusat latihan dan praktikal kepada pelajar yang mengambil jurusan perubatan.

Jelasnya, pembinaan dua buah projek tersebut akan melengkapkan UMS sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang menjadi tumpuan pelajar, sama ada dalam atau luar negara.

Katanya, UMS ketika ini sudah mempunyai beberapa cawangan seperti UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) dan kampus cawangan Sandakan, selain memiliki pusat penyelidikan sendiri seperti pusat penyelidikan Bio Banjaran Crocker di Kimanis, Pusat Khidmat Kesihatan di Matunggong, Kudat dan Pusat Penyelidikan Marin di Semporna.

Show

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved