di negeri sabah - Google Blog Search |
8 RAMADHAN 1432H <b>DI</b> MASJID <b>NEGERI SABAH</b> « ABU NUHA CORNER Posted: 09 Aug 2011 06:49 AM PDT Ini pula suasana pada minggu kedua di Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu ketika solat zuhur pada isnin 8 Ogos 2011 bersamaan 8 Ramadhan 1432H. Berbanding dengan suasana minggu pertama tempohari, secara keseluruhannya, kehadiran jamaah yang hadir masih belum berubah atau berkurang, iaitu sekitar 3/4 dewan utama solat (tanpa mengambil kira mereka yang masbuq dan solat di tingkat bawah). Kapasiti dalam dewan utama ini seingat saya mencapai sekitar 900 ke 1000 jamaah pada satu-satu masa. Syukbah Dakwah Masjid Negeri Sabah juga mengadakan tazkirah selepasnya sekitar 30 minit yang dipimpin oleh para ustaz dan ilmuan secara bergilir-gilir. Pada 3 Ramadhan tempohari, seorang doktor perubatan juga diundang menyampaikan tazkirah berkenaan topik rokok. Ustaz Abu Hurairah juga mengisi slot hari keempat dengan menyampaikan topik sejarah Bani Israil yang menarik perhatian jamaah. Semoga berterusan. Kita tunggu pula suasana minggu ketiga. |
You are subscribed to email updates from di negeri sabah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan