di negeri sabah - Google Blog Search |
MediaSubsidi: Apa yang bestnya berpuasa <b>di negeri SABAH</b>... Posted: 30 Jul 2011 03:53 AM PDT Tidak lama lagi umat islam seluruh dunia akan menempuhi bulan yang paling best iaitu bulan puasa,.. Menjelang mau puasa ni aku mau cerita apa yang best kalau berpuasa di negeri aku yang tercinta ni... Apa yang best ialah negeri pertama yang berbuka puasa di Malaysia..bila suda awal berbuka maka balik kerja pun lebih awal dari hari2 biasa..kalau selalu balik jam 5 bila bulan puasa balik keja jam 4 atau 4.30 bergantung pada budi bicara majikan dan walaupun majikan tu bukan orang islam keistimewaan ini tetap diberikan kepada umat islam yang berpuasa,.. Bukan saja sektor swasta..malah kakitangan kerajaan pun balik awal juga..tapi bukan semua la..hehe.. Perkara yang sebaliknya berlaku kepada orang yang berasal dari semenajung dan Sarawak..kena menyesuaikan diri untuk bangun lebih awal sebab bila berbuka awal maka imsaknya pun awal... Bagi mereka yang bukan berasal dari Sabah dan tahun ni merupakan pengalaman puasa pertama korang,bila buka puasa nanti,lepas ja buka puasa call kawan2,keluarga atau kekasih yang diluar Sabah, Waktu berbuka sama atau tidak itu tidak penting yang penting kita berjaya menunaikan ibadah puasa dengan cemerlang.. Selamat menjalani Ibadah puasa Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
:: Sahabat Blog Sabah ::: 1 RAMADHAN 1432 <b>DI</b> MASJID <b>NEGERI SABAH</b> Posted: 02 Aug 2011 08:50 PM PDT Ini suasana yang sempat saya rakamkan pada selesai solat zuhur di Masjid Negeri Sabah tengahari tadi. Lebih 3/4 kawasan dewan utama dipenuhi para jamaah khususnya para penjawat awam. Pemerhatian saya sebenarnya, kehadiran umat Islam menyertai solat zuhur berjamaah di Masjid Negeri Sabah semakin meningkat saban tahun. Pada zuhur luar Ramadhan, tidak kurang 300-400 jamaah yang hadir, tanpa mengira kumpulan-kumpulan yang solat di aras bawah bertali arus selepas jam 1 tengahari. Selepas kehadiran hampir 1000 jamaah pada zuhur Ramadhan di aras utama (juga tidak mengambil kira mereka yang solat di aras bawah @ masbuq), saya meyakini bahawa kehadiran jamaah zuhur selepas Ramadhan adalah semakin meningkat jika dibandingkan sebelum Ramadhan. Semoga suasana ini berterusan dan usaha-usaha memberi kefahaman tentang tuntutan solat fadhu dan solat berjamaah akan disampaikan kepada umat Islam yang lain. Sudah tentu ia tanggungjawab semua orang. Dari satu sisi, Syukbah Dakwah Masjid Negeri Sabah turut menganjurkan 'Tazkirah Ramadhan' selepas solat zuhur pada setiap hari (kecuali jumaat) membabitkan pendakwah dan penceramah terpilih yang membincangkan pelbagai topik termasuk masalah hukum hakam, aqidah, sirah, tasawuf, tokoh ulama dan sebagainya (bukan hanya berkisar topik puasa sahaja). Semoga ia bermanfaat untuk kita semua. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di negeri sabah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan