ads

Jumaat, 12 Ogos 2011

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Kenapa bekalan air putus, elektrik mati <b>di</b> <b>...</b> - <b>Tawau</b> Bloggers Unity

Posted: 08 Aug 2011 07:37 AM PDT

Aktiviti, Pengumuman — By on August 8, 2011 at 10:37 pm

ADUN Apas, Datuk Tawfiq Titingan dalam kenyataannya di laman sosial facebooknya pada pada awal pagi Isnin, 8 Ogos 2011, menjelaskan punca bekalan air putus dan kejadian bekalan elektrik terganggu di beberapa kawasan di Tawau .

Menurutnya, punca bekalan air yang putus berpunca kerosakan pam utama di Loji Air Cintamata, Gudang Empat dekat sini beberapa hari lalu dan Jabatan Bekalan Air (JBA) membuat catuan sementara kerja pembaikan diselesaikan dalam tempoh sehari dua.

Ini dijelaskan kepadanya melalui panggilan telefon daripada Jurutera Air JBA Tawau.

Kenyataan FB Datuk Tawfiq:

"Sebentar tadi dapat panggilan telefon dari Jurutera Air JBA Tawau yang menyatakan bahwa terdapat kerosakan Pam Utama di Loji Air Cintamata, Gudang Empat sejak beberapa hari lalu. Sehubungan itu, gangguan bekalan air (catuan) sedang berlaku dibeberapa kawasan seperti Pasir Putih, Tanjung Batu dan Bandar Tawau. Kerja Pembaikan dijangka selesai dalam sehari dua ini…"

Manakala gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Tawau berpunca dari yang rosak kabel elektrik 33kV kesan kegiatan tidak bertanggungjawab yang cuba menggergaji kabel itu di belakang Gelanggang Bola Keranjang Kg Jawa. Kenyataan FB Datuk Tawfiq:

"Beberapa hari lalu, terdapat cubaan pihak tidak bertanggung-jawab memotong kabel letrik 33kV untuk di curi di belakang Gelanggang Bola Keranjang Kg Jawa menggunakan gergaji. Gergajinya putus akibat penangan kuasa high tension letrik 33kV tersebut dan pada masa yang sama bekalan letrik untuk banyak kawasan terputus. SESB sdg berusaha untuk memperbaiki keadaan."

Terdahulu, di laman sosial kendalian Tawau Bloggers Unity (TBU) facebook.com/tawaurian membicarakan masalah bekalan air yang putus yang menerima respon ketidakpuasan hati warga Tawau yang kesusahan. Topik tersebut ialah:

"Air mati lagi. Banyak betul sudah aduan ni. Kalau hari ini tidak juga hidup, sediakanlah lori hantar air ke kawasan kami. Nazak betul sudah stok air kami ni. Kami boleh bersabar, tidak marah2, malah mahu membantu kalau diperlukan… cuma, tolong diupdate, tolong hebahkan perkembangannya, kenapa sampai begini jadinya, berapa lama lagi akan mati air dsb."

Antara respon yang diterima ialah:

All Blacks:

kalau minyak naik.. dsuru naik basikal.. kalau gula naikk.. bilang kurangkn pengunaan gula.. nnti tinggi darah.. minyak masak naik bilang kurangkn minyak dalam masakan.. sbb kolestrol.. skrg air nakda nh.. mw dikurangkn apanya lagik? huh..

Ahmad Azri Murad: ‎

2 problem utama dan nyata, mati air dan gangguan elektrik xcukup bekalan..harap pihak yg terlibat ikhtiar utk mewar2kan berkenaan masalah..bnyk media bleh guna..kalau tawau FM tamat siaran jam 7 mlm, apa kata kalau gunakan media FB tawau @ lain2 utk mewar2kan..harap pakat2 celik mata, tambahan bulan puasa skrg ni..slmt berpuasa

Berikut adalah beberapa screen shoot yang sempat dirakamkan mengenai kenapa bekalan air putus, elektrik mati di Tawau bulan puasa:

.
.

Popularity: 1% [?]

Tags: , , , , , Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved