ads

Ahad, 7 Ogos 2011

10 di sipitang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


<b>Sipitang</b>|GATA <b>Sipitang</b>|Esplanade Waterfront <b>Sipitang</b>|<b>Sipitang</b> <b>...</b>

Posted: 17 Jul 2011 04:02 PM PDT

ARTIS...Persembahan artis Sabah yang berjaya memukau ribuan penonton pada malam tersebut.
SINGA...Sapawi, Lau Kim Ling (dua kiri), Ahmad (dua kanan) dan Latip dalam upacara tarian singa.
GAMAT...Abu Bakar sering menggamatkan penonton ketika mengacarakan persembahan nyanyian di Malam Gala.
MENYAKSIKAN....Sapawi (lima kiri) dan jemputan bersama ribuan pengunjung ketika menyaksikan Malam Gala di kemuncak acara Festival Gata Sipitang 2011.

PERCIKAN CAHAYA...Orang ramai yang membanjiri Esplanad Sipitang menyaksikan percikan bunga ap

MALAM Gala yang merupakan acara kemuncak Festival Gasing dan Tamu Besar (Gata) Sipitang 2011 berjaya menghiburkan kira-kira 10,000 penonton yang membanjiri Esplanad Sipitang pada malam Ahad lalu.

Diawal acara malam penuh gemilang itu, penonton dihidangkan dengan keunikan persembahan tarian tradisi suku kaum Kedayan, Murut, Lundayeh, Brunei dan Bisaya serta persembahan tarian singa.


Kemeriahan semakin terserlah apabila beberapa artis tempatan tersohor tampil menyanyikan lagu popular dan kesukaan ramai mereka, antaranya Jimmy Palikat, Salmah, Nadia dan Ahmad Angkie


Kemunculan penyanyi yang popular dengan lagu Tanak Kampung atau Anak Kampung, Jimmy Pelikat memukau sebahagian besar penonton yang telah lama menunggu untuk menyaksikan persembahannya secara live. Sebelum menyanyikan lagu Tanak Kampung Jimmy mempersembahkan sebuah lagu berjodol Sayang Kinabalu.


Persembahan artis yang menjuarai rancangan realiti TV Mentor, Salmah, turut mendapat sambutan hangat dari penonoton. Salmah yang pertama kali membuat persembahan di Sipitang itu membawakan beberapa lagu antaranya Aku Permata dan Panasaran.


Penyanyi rock wanita negeri ini yang popular sekitar tahun 1996, Nadia, tampil dengan lagu Salam Buat Kekasih dan satu lagu dari album barunya bertajuk Buatmu Kekasih.


Penyannyi yang pernah menganggotai kumpulan Atomic Power, Ahmad Agkie membuktikan suaranya masih bertenaga melalui lagu Mendongak Angkasa dan satu lagu yang dipopularkan Amy Search, Fenomena.


Keceriaan dan kemeriahan pesta malam itu disemarakkan lagi dengan aksi dan celoteh Abu Bakar Ellah yang juga dikenali sebagai Ampal yang menjadi penagacara pada malam itu. Selain Ampal, kemunculan pengacara tempatan Sipitang, Maidun Sisak dan Zulkifli Ahmad yang sebelum ini sering tampil dalam program-program di Daerah Sipitang turut berjaya mencuit hati penonton.


Seperti sudah menjadi lumrah setiap peminat akan mengambil peluang untuk merakamkan kenangan abadi bersama penyanyi atau personaliti pujaan mereka. Dan keadaan ini juga dapat disaksikan pada Malam Gala, samada di belakang atau di atas pentas atau disudut mana sahaja terbuka ruang dan peluang.


Gambaran kemeriahan yang terpancar dari ribuan pengunjung yang hadir pada malam itu signifikannya menggambarkan betapa perpaduan dan keharmonian hidup dikalangan penduduk pelbagai suku kaum semakin kukuh. Kerana tanpa perpaduan mustahil satu program besar seperti itu akan terlaksana dengan baik. Tanpa keharmonian kemeriahan tidak mungkin dapat dijelmakan.


Kemeriahan itu adalah wajah kegembiraan dan kebanggaan rakyat Sipitang. Tentunya segala kebanggaan itu dikongsi pemimpin yang hadir bersama rakyat pada malam itu terutamanya Ahli Parlimen Sipitang, Sapawi Ahmad seperti mana yang diluahkannya dalam bicara singkat dengan pengamal media dipenghujung acara, di tengah suasana dentuman dan percikan cahaya warna-warni bunga api.


Secara keseluruhan katanya, Festival Gata Sipitang 2011 amat membanggakan dengan kehadiran pengunjung yang ramai apatah lagi ianya dirasmikan pemimpin nombor satu kerajaan yang membawa RM32.7 juta sebagai hadiah untuk rakyat Sipitang.


"Sungguh membanggakan, oleh kerana (Festival Gata 2011) ini kali yang kelima dan ia dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 Jun lalu. Ini menandakan betapa sebenarnya Festival Gata ini satu festival yang diiktiraf, sesuai dengan objektif (Festival Gata 2011) untuk menarik pelancong daripada Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Semenanjung dan juga negara luar termasuklah Brunei dan Singapura," katanya.


Beliau berkata, ianya memberikan satu impak yang terlalu besar dan sambutannya pada tahun ini sungguh hebat di mana ketika majlis pelancran oleh Najib kira-kira 15,000 penduduk telah hadir.


"Dan Pada malam ini lebih 10,000 (pengunjung) yang datang dan ini menunjukkan betapa ini (merupakan) satu festival rakyat. Rakyat (telah) menerima festival ini (sebagai wadah) untuk mengukuhkan perpaduan disamping (itu ianya juga) dapat mengangkat sosio ekonomi masyarakat sepanjang festival Gata ini diadakan," katanya.


Sapawi yang juga Pengerusi festival itu berkata kejayaan program itu juga membuktikan sokongan padu daripada pemimpin dan rakyat dan rakyat menerima pulangan yang baik selaras dengan konsep 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Rakyat Diutamakan.


Menyentuh mengenai kelulusan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang, Sapawi berkata ianya adalah hasil usaha dan perjuangan pemimpin secara berterusan.


"IPD Sipitang ini memang kita perjuangkan habis-habisan, oleh kerana IPD di sini menumpang di balai dan balai polis juga menumpang di bawah perumahan (anggota polis).


"(Sebelum ini) kita telah menghubunggi Datuk Hishamuddin (Tun Husein) dan PM dapat melihat sendiri. Alhamdulillah ini merupakan satu petanda bahawa dengan (kelulusan) pembinaan IPD ini akan memberikan satu persepsi yang besar dari segi aspek keselamatan. Dan (apatah lagi) sebagai pintu masuk daripada negara Brunei, Kalimantan, Labuan dan lautan yang terbuka. Sudah tentu ianya juga akan memberi impak yang besar dari segi pembangunan di Sipitang ini," katanya.


Beliau menjelaskan bahawa peruntukan RM30 juta yang diumumkan Najib itu adalah kadar minima dan ianya boleh ditambah mengikut keperluan dan pada waktu yang sama peruntukkan sebanyak RM2.7 juta untuk penambahbaikan bumbung gerai sate Sipitang turut diluluskan.


Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin, Ahmad Bujang, Pegawai Daerah sipitang Latip Ahmad, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Dun Sindumin, Abd Rahman Mohd Noh, Ketua Polis Daerah, DSP Jamaludin Ali, Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO), Richard Kamtan Tuah dan Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Sipitang bagi Dun Lumadan, Matbali Musah.-Oleh Abu Bakar Esah



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved