ads

Khamis, 4 Ogos 2011

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


PEJABAT BANGUNAN KERAJAAN <b>DI RANAU</b> DITENGGELAMI AIR - SILOU BAH INI...

Posted: 03 Aug 2011 07:53 PM PDT

Pejabat bangunan kerajaan ditenggelami air

RANAU August 3, 2011: Lantai pejabat beberapa persekutuan yang ditempatkan di bangunan Jabatan Persekutuan Daerah Ranau ditenggelami air dan beberapa dokumen penting serta peralatan komputer gagal berfungsi berikutan kerosakan pada salah satu pili bomba di tingkat dua bangunan tiga tingkat itu.

ROSAK ….Inilah salah satu pili bomba di bangunan Pejabat Persekutuan Ranau yang dikatakan rosak sewal subuh kelmarin (Rabu).

Antara yang terjejas teruk olah limpahan air yang berlaku kira-kira jam 2.00 pagi kelmarin itu ialah pejabat Rela, Pejabat Jabatan Tenaga Kerja, Pejabat Penerangan Daerah, Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) Ranau, Fama dan bilik mesyuarat Jabatan Imigresen.

Tinjauan ke bangunan itu pagi kelmarin mendapati beberapa peralatan seperti komputer di Pejabat Penerangan dan beberapa dokumen penting turut rosak.

Para pegawai dan kakitangan jabatan yang terlibat terpaksa bertungkus-lumus dari awal pagi hingga tengahari bergotong-royong untuk mengalihkan air yang bertakung di seluruh kawasan lantai.

Turut membantu ialah Pegawai Pelajaran Daerah, Rusining Rusidi dan Pegawai Rela Daerah, Kol Jabay Surugau, Pegawai Penerangan Daerah, Didimus Yumok  bersama para pegawai serta kakitangan jabatan yang lain.

image Rusining yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penggunaan Bangunan Persekutuan itu menyarankan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Ranau supaya mengadakan tinjauan atau pemantauan terhadap semua peralatan bomba terutama pili bomba untuk mempastikan peralatan-peralatan yang ada itu sentiasa berada dalam keadaan baik, bagi mengelakkan perkara itu berulang.

"Kita sebagai pengguna bersama bangunan yang baru sahaja siap ini sama sekali tidak menjangka akan berlaku masalah seperti ini," katanya.

Berikutan masalah itu, beberapa jabatan seperti JPN, Rela dan Jabatan Tenaga Kerja tidak dapat beroperasi kerana bukan sahaja permaidani lantai masih basah ditenggami air malah bekalan elektrik turut terjejas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved