10 di kunak - Google Blog Search |
sabahkini.net: PENDUDUK <b>KUNAK</b> SAMBUT AIDILFITRI <b>DI</b> AFRIKA? Posted: 26 Aug 2011 02:20 PM PDT Saudara Pengarang, PENDUDUK di kampung Simpang Empat di Kunak semakin 'tertekan' kerana bekalan air bersih di kawasan itu sering terputus setiap hari sejak lebih seminggu lalu. Ada ketikanya, mereka hanya memperoleh bekalan air paip selama sejam dalam sehari (yakni pada waktu malam antara jam 7 hingga 8 malam). Situasi itu amat merumitkan lebih-lebih lagi perayaan Aidilfitri akan disambut dua atau tiga hari lagi. Lebih menyedihkan bekalan air paip terlalu rendah (Low-pressure) di kawasan perumahan dan surau di kampung tersebut menyebabkan tangki simpanan air di rumah tidak dapat dipenuhkan. Musim kering yang berlaku ketika ini juga menyebabkan tangki simpanan air di rumah menjadi 'kosong'. Perkara ini sudah berulang kali diajukan kepada Jabatan terlibat dan aduan juga telah disiarkan menerusi media (cetak dan online) namun tidak ada perubahan ketara yang positif dilakukan oleh pihak-pihak terlibat termasuk Jabatan Air, dan juga konsesi pembekal air (Loji rawatan Lahad Datu Water Supply). Menjadi merumitkan lagi, penduduk atau individu yang kebetulan tidak berada di rumah ketika bekalan air disalur antara jam 7 hingga 8 malam sehingga mereka tidak dapat menakung air bersih di rumah mereka. Sungguh menghairankan, meskipun Loji rawatan telah siap sepenuhnya dan beroperasi dengan upaya membekal air sehingga 18 juta liter sehari (MLD), masalah ketiadaan air bersih di kampung terbabit terus berlanjutan, sama seperti dua dan tiga tahun lalu. Mungkin agak memalukan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah apabila seorang penduduk Kampung Cenderawasih Kunak bertindak kencing di dalam botol dengan memberi amaran untuk mengirim kencing kepada Perdana Menteri jika masalah air tidak selesai. Mungkinkah kami terpaksa menyambut Aidilfitri dalam keadaan kering kontang seperti rakyat Afrika yang bertahan di tanah gersang demi untuk meneruskan kehidupan berulamkan janji demi janji kerajaan BN untuk mengatasi isu bekalan air di Kunak? Salam Kekontangan Air Ketika Sambutan Aidilfitri. IBRAHIM TABIR Setiausaha Rukun Tetangga (RT) Kg.Simpang Empat, Kunak. |
You are subscribed to email updates from di kunak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan