10 di kudat - Google Blog Search |
Momen Indah bercuti <b>di Kudat</b>, SABAH « Noriyati Nawi Posted: 01 Apr 2011 02:24 AM PDT Cuti persekolahan penggal pertama yang baru berlalu aku berpeluang mengikut suami pulang ke kampung halamannya di Kampung Suang Pai, Kudat, Sabah. Turut menyertai aku dan suami ialah ibu tersayangku dan permata hatiku, Alif dan Fatin. Aku pernah beberapa kali pergi ke Sarawak atas urusan kerja dan melancong bersama anak-anak permata hati ku itu, tetapi belum pernah menjejakkan kaki ke negeri di bawah bayu ini. Lantaran itu aku dan anak-anak sedikit teruja sebaik sahaja kami sampai di KKIA. (Kota Kinabalu International Airport). Jarak dari KK ke Kudat lebih kurang 190km dan dari Kudat ke kampung Suang Pai pula ialah 10km. Memandangkan jarak perjalanan yang agak jauh ini kami mengambil keputusan berehat dahulu di salah sebuah hotel di KK sebelum meneruskan perjalanan ke Kudat. Suamiku telahpun menyewa sebuah kereta sewa selama seminggu kami disana. Kadar kereta sewa adalah sekitar RM180 keatas (Bergantung kepada jenis kereta) Kami menginap di Tang Dinasty Hotel yang terletak di tengah-tengah Bandar KK. Sempat juga kami meninjau-ninjau pemandangan disekitar ibu negeri Sabah itu. Keesokan paginya, selepas bersarapan pagi kami meneruskan perjalanan kami ke Kudat. Nasib kami kurang baik kerana disepanjang perjalanan hujan turun dengan agak lebat. Di tambah dengan keadaan jalan raya yang tidak rata, berbukit dan berlubang, membuatkan perjalanan kami amat terbatas dan perlahan tetapi cukup mendamaikan. Perjalananan menuju ke Kudat juga melepasi persimpangan laluan ke Tuaran, Tamparuli, Kota Belud, Kota Marudu dan Pantai Bak Bak. Aku, ibu dan anak-anak terus ceria menikmati pemandangan yang saujana mata memandang di sepanjang jalan. Suami ku tenang sahaja dengan pemanduannya. Sesekali suasana didalam perut kereta Waja yang kami sewa riuh dengan hilai tawa aliff dan fatin. Lebih kurang jam 3.45 petang barulah kami sampai ke kampung halaman suamiku. Mama, nenek & adik iparku sudah pun menunggu kedatangan kami dan ternanti-nantikan kepulangan suamiku. Kampung Suang Pai secara geografinya terletak di atas kawasan berbukit. Dari jalan besar menuju ke kampung ini masih lagi diselaputi tanah merah dan berbatu. Kami harus berhati-hati sewaktu menaiki dan menuruni bukit. Di sebelah kanan kaki bukitnya terbentang laut cina selatan yang dilindungi oleh Pulau Banggi manakala di sebelah kirinya dilembah bukit terbentang sawah padi yang sedang kuning keemasan menyambut kami. Puas mengadap laut biru nan luas dan bermain ombak laut yang airnya jernih, kami menghabiskan masa di sawah padi memerhati orang mengetam padi sambil memancing ikan puyu. Penat memancing , kami membasahkan badan dengan mandi air telaga tepian sumur yang dingin airnya. Tidak sah kalau tidak berlama-lama mandi. Selesai mandi , kami suka duduk-duduk di pondok tepian sawah yang saujana mata memandang.. Semuanya membuatkan masa berlalu bergitu pantas sekali. Tak puas rasanya kami lalui saat2 indah itu. Di kampung ini tidak terdapat bekalan air paip bersih. Menurut penduduk disana, keadaan bentuk muka bumi yang berbukit menyebabkan tekanan air tidak sampai ke tempat mereka. Oleh kerana itu pihak kerajaan hanya menyediakan tong-tong air berukuran lebih kurang 3 kaki tinggi berwarna biru untuk memudahkan penduduk kampung membuat tadahan air hujan sebagai alternatif bekalan air mereka. Mujur juga anak-anak aku dapat menerima keadaan ini dan tidak merungut kerana kerana kekurangan kemudahan lainnya. Kampung Suang Pai didiami oleh majoriti masyarakat kadazan dusun dari suku kaum Rungus. Mereka bercakap dalam bahasa rungus yang sukar benar aku memahaminya. Hanya beberapa patah perkataan sahaja yang aku boleh fahami. Majoriti masyarakat disini juga beragama Kristian. Hanya beberapa buah keluarga sahaja yang menganut ugama Islam. Tetapi itu tidak bermakna kami tidak boleh bergaul dan beramah mesra. Kedatangan orang luar seperti aku, ibu dan anak2ku amat dihargai oleh mereka. Setiap dari mereka tetap memberikan layanan yang baik buat kami sekeluarga. Hari Ke-3 kami menunaikan hajat ibu mertuaku dan juga nenek untuk mengadakan sedikit kenduri kesyukuran atau masjlis sambut menantu buat aku dan suami. Aku dan suami juga sempat memakai pakaian tradisional kadazan untuk bergambar kenangan bersama sebahagian daripada mereka. Indahnya saat itu….. Walaupun masa siang di sini terasa panjang, pejam dan celik masih terasa cepat masa berlalu sehingga tidak sedar sampai masa untuk kami beredar dari Kampung Suang Pai. Kami hanya tinggal di Kampung Suangpai, Kudat selama 5 hari sahaja. Hajat kami untuk menetap lama terpaksa dibatalkan apabila bekalan air dalam tong sudah kehabisan. Dengan berat hati kami terpaksa meninggalkan kampung Suangpai yang terlalu sarat dengan momen indah kami. Nenek menitiskan air mata semasa kami ingin pulang. Aku cuba menahan sendu dihati… Takut suamiku juga akan turut merasa sedih. Memang lumrahnya alam, setiap yang bermula pasti akan berakhir.Syahdunya detik ini…. Kami sepakat untuk ke KK dan menginap di hotel sementara menanti hari dan masa untuk pulang ke Semenanjung. Pada 3 hari terakhir kami menginap di KK Times Square.. Di sini kami menghabiskan masa dengan berjalan-jalan disekitar kota. Melihat gelagat orang ramai, mencuba menu masakan Sabah dan sempat singgah di Pasar Filiphines yang terkenal itu. Malamnya kami meredah pasar malam yang beroperasi hampir setiap malam tanpa mengenal penat dan jemu. Sebelum berangkat ke KKIA kami juga sempat bersantai di tepian pantai Tanjung Aru. Bergambar dan menghirup udara segar tepi pantai sekali lagi. Cepat sahaja rasanya kami sudah memijak LCCT 3 jam selepas itu. Sehingga ke detik ini, aku masih terkenangkan percutian itu. Kenangan bersama keluarga suamiku dan penduduk kampung Suang Pai masih terpahat kuat. Aku ingin kembali lagi ….Terimakasih buat Suamiku tercinta kerana menghadiahkan percutian keluarga yang amat indah dan bermakna ini…. |
You are subscribed to email updates from di kudat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan