ads

Ahad, 14 Ogos 2011

10 di kudat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Sabahdaily: PERKHIDMATAN SESB <b>DI KUDAT</b> TERUK

Posted: 01 Oct 2010 04:18 PM PDT

Saudara Pengarang,

DENGAN penswastaan SESB yang dahulunya dikenali sebagai LLS dengan harapan dapat memperbaiki mutu perkhidmatan, malangnya keadaan sebenar tidak terjadi begitu. Sebagai contoh kelmarin, (khamis, 9:30 pagi sehingga 5:00 pagi hari berikutnya) bekalan elektirk di kampung Tinangol telah terputus.

Sebagai pembayar bil yang tetap setiap bulan, kami amat kesal dengan kejadian ini.

Paling menyedihkan, pemutusan sementara bekalan elektrik ini dibuat begitu sahaja tanpa pengumuman surat khabar atau sebarang notis bertulis kepada penduduk kampung Tinangol.

Marah dengan keadaan kerana tiada bekalan elektirk beberapa orang kampung menghubungi SESB Kudat. Mereka difahamkan, gangguan bekalan itu disebabkan ada operasi pemindahan tiang elektrik di kampung Bavaggazo dan bukannya 'breakdown'.

Saya bingung dan bertanya apakah 'standard operation procedure' (SOP) yang digunakan oleh SESB kerana melakukan pemotongan bekalan sementara tanpa membuat sebarang notis. Paling menyedihkan kejadian serupa selalu terjadi sejak kampung Tinangol mendapat bekalan elektrik pada sekitar tahun 1999.

Sebagai penduduk kampung Tinangol, kami berharap agar SESB kudat dapat memperbaiki perkhidmatannya. Apa susahnya memberi notis supaya orang ramai boleh membuat persediaan, lainlah kalau sistem 'breakdown', orang kampung boleh terima.

Sekian, Salam Hormat,

ORANG TINANGOL

Sumber : Sabahkini

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved