ads

Isnin, 29 Ogos 2011

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


KASINO SABUNG AYAM <b>DI KENINGAU</b> DIBUKA JUMAAT INI

Posted: 10 Feb 2010 06:46 PM PST

Share

 

Oleh: HENDRA BASIL

BANDAR 'Kayu Manis' (Koningau) Keningau semakin manis bagi pada penggemar judi Sabung Ayam bertaji pisau kerana sebuah Pusat Sabung Ayam akan mula dibuka pada Jumaat ini di kawasan perumahan kakitangan Jabatan Perhutanan di Tivao, Jalan Keningau-Kalabakan setelah pusat sebelum ini di Kampung Sogon telah ditutup Unit D7, Bukit Aman pada tahun lalu.

Menurut maklumat Krew Sabahkini.net di Keningau, sejak tiga hari lalu, merata ceruk Keningau telah kedengaran kokok ayam sabung dan pendaftaran telah dimulakan pada Isnin lalu bagi perlawanan pada Jumaat hingga Isnin ini sempena Sambutan Tahun Baru Cina.

Para penjudi sudah mula mendatangi Bandar Keningau termasuk daripada Sarawak, Filipina, Indonesia, Brunei dan seluruh Sabah dan hamper semua hotel di Keningau telah penuh ditempah mulai kelmarin.

Para peserta daripada Brunei masih berlegar di kawasan Tenom untuk mengelak daripada serbuan mengejut D7 kerana mereka membawa ayam dan jumlah pertaruhan yang besar.

Judi Sabung Ayam yang telah popular di Keningau sejak 20 tahun lalu didalangi seorang  pegawai kanan polis berpangkat ASP yang telah ditukar ke daerah lain setelah D7 mendapat bukti beliau terlibat dan mendalangi kegiatan judi sabung ayam dan 4D haram. Sehingga kini, setiap bulan ASP berkenaan akan kembali ke Keningau untuk mengutip tol judi haram yang masih mendominasi Keningau.

Ketua Polis Keningau, DSP Zahari Mohamed yang mula menonjol selepas ASP berkenaan ditukar berjaya menangkap ramai pemilik bakakuk (senapang buatan sendiri) namun belum berjaya menghalang kegiatan'Judi Sabung Ayam' yang menjadi trademark kepada Keningau.

Pusat Sabung Ayam 'Jabatan Perhutanan' dikendalikan seorang promoter terkenal sejak 20 tahun lalu, yang dikenali sebagai 'Mr Wai' dengan bantuan 'Kah Liew' seorang pengurus sebuah kilang papan yang dimiliki seorang peguam ternama di Sabah.

Tidak diketahui apakah Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan, mengetahui atau merestui Kawasan Hutan Simpan digunakan untuk Pusat Judi Sabung Ayam kerana umum sedia maklum Hutan Simpan tidak boleh dimasuki sesuka hati, apatah lagi untuk berjudi.

Mr Wai juga terlibat dengan kegiatan pengedaran syabu dan sentiasa dikawal ketat tidak kurang 10 orang pengikutnya sehingga tidak ada polis Keningau berani menyentuhnya kerana hubungan baiknya dengan pegawai kanan polis di Sabah dan Bukit Aman.

Dalam serbuan Unit Khas D7 daripada Bukit Aman tahun lalu, seramai 23 penjudi telah diberkas dan ditahan tanpa jaminan selama satu minggu sebelum mereka dihadapkan ke mahkamah dan didenda dan menjadi tamparan yang hebat kepada Kontingen Polis Sabah yang selama ini ada pegawai kanannya disyaki menjadi 'Pelindung' kepada aktiviti maksiat, dadah, judi dan kongsi gelap di Sabah.

Ketika itu, Pesuruhjaya Polis Sabah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman tidak tahu menahu 'serbuan' yang dilakukan Unit Khas D7 berkenaan dan hanya mampu mengucapkan 'Tahniah' dengan nada sinis dan senyuman sumbing!

 

 

 

 


UMNO Online - Isu Tanah Sabah : UMNO <b>Keningau</b> Sokong <b>...</b>

Posted: 27 Jun 2011 12:34 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Isu Tanah Sabah : UMNO Keningau Sokong Maklum Balas Positif Kerajaan

KENINGAU, 27  Jun – UMNO Keningau hari ini menyambut baik maklumbalas positif oleh kerajaan berhubung isu tanah Hak  Adat Anak Negeri Sabah (NCR) khususnya dengan pengenalan Geran Komunal Anak Negeri.

Ketua Pemuda UMNO Keningau, Azman Ruslan  berkata kesanggupan kerajaan negeri mendengar maklum balas, kritikan membina dan idea berhubung dua isu berkaitan itu sebenarnya amat sesuai dan disambut baik.

"Seperti kita semua tahu, isu tanah amat sensitif kerana ia membabitkan hak dan masa depan kesejahteraan semua rakyat Sabah," katanya ketika di sini hari ini.

Walaupun, katanya, kerajaan telah berusaha memperjelaskan rasional disebalik pengenalan geran komunal itu, namun ada sebilangan rakyat yang masih belum berpuas hati dan mahu butiran terperinci mengenai kaedah dan kesan terhadap masa depan mereka.

Azman, bekas Ketua Pemuda UMNO Sabah, percaya kebimbangan terhadap pengeluaran geran komunal itu mungkin akibat salah faham dan kekurangan maklumat lengkap.

"Tidak kisah sama ada ketidakpuasan hati mereka disalurkan menerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) atau sebarang badan politik kerana apa yang penting rakyat dapat menyuarakan pandangan mereka," katanya.

Azman berkata demikian ketika merujuk kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman baru-baru ini yang menyambut baik inisiatif Suhakam untuk menjalankan kajian mengenai isu berkaitan NCR.

Musa dipetik sebagai berkata kerajaan negeri terbuka kepada sebarang maklumbalas, kritikan membina dan idea berhubung isu pengenalan geran komunal.

Pada Khamis lalu, Suhakam berkata ramai penerima geran komunal dalam kalangan penduduk luar bandar di Sabah masih tidak arif dengan kaedah pemberian itu.

Pesuruhjaya Suhakam, Jannie Lasimbang dipetik sebagai berkata ketika penduduk secara am menyokong pemberian geran komunal bagi membantu membangunkan kawasan pedalaman dan meningkatkan ekonomi penduduk tetapi pelaksanaan secara tergesa-gesa itu menyebabkan banyak butiran terlepas dari perhatian.

Suhakam telah mengadakan sesi rundingan berhubung Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal dan Asli Sabah di Keningau, Tenom dan Penampang di mana geran komunal menjadi satu isu penting dibangkitkan oleh rakyat.

Sebagai peguam, Azman berkata ramai penduduk luar bandar khususnya di daerah pedalaman Keningau telah meminta nasihat beliau mengenai rasional geran komunal dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada hak dan masa depan penduduk asal Sabah.

"Kebimbangan mereka kebanyakannya berdasarkan tanggapan bahawa geran komunal mungkin tidak melindungi hak dan masa depan mereka kerana dilihat sebagai diluar semangat NCR dan berdasarkan usaha sama dengan syarikat berkaitan kerajaan(GLC) tertentu," katanya.

Katanya adalah baik bahawa kerajaan mengambil sikap responsif terhadap isu tanah kerana langkah itu dapat membantu pemimpin pusat khususnya PerdanaMenteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih memahami apa yang sebenarnya berlaku di Sabah.

Kira-kira 1,400 ketua keluarga telah menerima geran komunal bagi tanah meliputi seluas 3,650 hektar yang akan dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB) dengan tanaman kelapa sawit dan tanaman lain bagi membantu penduduk kampung yang miskin di daerah pedalaman.

Berita Bertarikh 27 June 2011 Pada 3:34 PM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved