ads

Rabu, 24 Ogos 2011

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Keuskupan <b>Keningau</b> Menjadi Tuan Rumah Mesyuarat RBC Ke – 40 <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2011 09:00 AM PDT

Mesyuarat Komisi Alkitab Serantau atau dalam Bahasa Inggerisnya "Regional Biblical Commissioner (RBC)", Malaysia-Singapura-Brunei, telah diadakan pada 2-3 Ogos 2011, di Rumah Retret Keuskupan Keningau Tuarid Tatal untuk membincangkan pelaksanaan perancangan, kesan perancangan dan perancangan Komisi Alkitab Serantau. Semua ahli RBC merakamkan keyakinan, kesungguhan dan kepentingan pelayanan Komisi Alkitab dalam Gereja. Kesungguhan melayani Gereja di rantau ini melalui berbagai aktiviti yang sedang giat dijalankan dan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun di peringkat Keuskupan Agung, Keuskupan ataupun di peringkat Paroki. Komisi Alkitab Serantau (RBC) juga telah menetapkan mesyuarat RBC diadakan sekali setahun, mulai tahun depan, 2012.

Kewujudan RBC di rantau ini bertujuan untuk mengongsikan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Pastoral Alkitab kepada umat Katolik sesuai dengan ajaran Vatikan II. Selaras dengan tujuan ini, RBC memperbaharui semangat dalam perancangan dan membuat laman Alkitab agar ianya dapat dilayari dengan lebih mudah. Perancangan Komisi telah bermula dengan halaman blog yang memberi keutamaan untuk menyebarkan pesanan Hari Minggu Alkitab dan bahan-bahan terbitan RBC. Melalui laman web tersebut, umat boleh memperdalamkan pengetahuan tentang Alkitab. Cabaran lebih dialami oleh pihak yang menggunakan medium Bahasa Melayu, disebabkan semua bahan harus diterjemahkan dari Bahasa Inggeris. Namun ianya bukanlah perkara yang boleh menghalang pembelajaran Alkitab. Masalah ini boleh merangsang semangat untuk menambahkan usaha mempertingkatkan terjemahan dan dalam masa yang sama menggalakkan umat untuk memperdalamkan Bahasa Inggeris melalui pembelajaran Alkitab.

Pada kesempatan berada di Keuskupan Keningau, Komisi Alkitab telah menganjurkan sesi bersama umat dan forum terbuka di Katedral Santo Francis Xavier pada petang 2hb Ogos. President RBC, Uskup Agung John Ha telah menjelaskan latar belakang penubuhan, fungsi dan kepentingan RBC di rantau Malaysia-Singapora-Brunei. Di antara inti penting perkongsian beliau adalah seperti berikut; bahawa penubuhan RBC lahir dari minat dan kerinduan dari umat yang haus akan Sabda Allah. Lantas salah satu langkah konkrit yang telah diambil oleh RBC sejak tahun 1995, adalah mengadakan kursus Alkitab kepada umat awam yang memakan masa selama tiga tahun. Kursus ini menawarkan sijil diploma.

Manakala, ceramah kedua yang bertajuk "Tuhan yang Berbicara" telah disampaikan oleh Bishop Cornelius Sim dari Apostolic Vikariate Brunei. Ceramah ini diambil dan diterjemahkan dari Post-Synodal Exhortasi, oleh Bapa Suci Benedictus XVI (Pope's Post-Synodal Exhortation), "Verbum Domini". Serba sedikit pembahagian Bishop Sim, beliau membincangkan perjalanan iman dan bagaimana Allah berbicara dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Kristus hadir dan berbicara pada kita setiap kali SabdaNya dibaca atau didengar oleh umat. Oleh sebab itulah, keutamaan haruslah diberikan pada Liturgi Sabda yang dibaca sebelum masuk pada Konsekrasi dan Komuni semasa Perayaan Ekaristi.

Diantara isu yang bangkit dalam sesi soal jawab adalah

1) Kekuatiran tentang penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah bagi pelajar yang ingin mengambil peperiksaan 'Bible Knowledge'. Ini boleh menjejaskan markah keseluruhan pelajar SPM, mengakibatkan penyisihan pembelajaran Alkitab.

2) Permintaan Alkitab dalam Bahasa Melayu Malaysia, versi Katolik dalam bentuk digital menerima permintaan yang berleluasa.

3) RBC diminta agar menganjurkan lebih banyak program pembelajaran Alkitab dalam Gereja. (Pelayanan RBC dalam Gereja senantiasa mencabar setiap ahlinya yang telah menghadiri mesyuarat untuk memperbaharui semangat dan untuk terus menganalisis, memperdalami serta memperjuangkan keutamaan dalam menganjurkan program Alkitab dengan lebih sistematik dan efektif untuk semua umat Katolik.)

Di sediakan oleh: EL

Keuskupan Keningau

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved