ads

Rabu, 3 Ogos 2011

10 di beluran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


LAMAN KL-TODAY.COM » Blog Archive » Miskin tegar terpinggir <b>di Beluran</b>

Posted: 10 Dec 2010 08:33 AM PST

Seramai 540 buah keluarga di Kampung Rancangan Nangoh Beluran yang sebahagian daripada mereka benar-benar terpinggir dan terus disisihkan daripada mendapat bantuan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan E-Kasih kerana dasr pilih kasih, sebahagiannya ibu tunggal dan balu; memerlukan keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional untuk menyelesaikan masalah miskin tegar yang dideritai mereka selama ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Rancangan Nangoh, Mohd Pimpin Hj Mangas (gambar kanan) ketika mendedahkan perkara ini kepada Ketua Biro Sabahkini.Net Wilayah Sandakan menjelaskan walaupun mereka sudah memohon berkali-kali melalui pejabat Daerah Beluran dan agensi berkaitan, tetapi sehingga hari ini masih tiada khabar berita, bagaikan menunggu sebutir hujan di gurun nan tandus sejak bertahun lamanya.

"Kitapun hairan kenapa pihak kerajaan khususnya kementerian yang berkenaan tidak mahu meluluskan permohonan mereka, sedangkan mereka ini anak jati Kg Nangoh dan juga penyokong kuat Barisan Nasional (UMNO/PBS/UPKO), tetapi masih juga tersingkir untuk mendapatkan agehan bantuan selayaknya," kata Mohd Pimpin.

Selaku pengerusi JKKK Kg Rancangan Nangoh yang dimanahkan oleh kerajaan untuk menjaga keselamatan dan kemajuan kampung termasuk kebajikan para penduduk berkenaan, Mohd Pimpin mengharapkan sekiranya pihak berkenaan terbaca berita ini di Sabahkini.net harus mengambil tindakan drastik mengenai penyingkiran sebahagian keluarga yang tidak dapat walaupun satu sen daripada pihak kerajaan.

Tegas Mohd Pimpin lagi, pilihanraya umum Ke-13 semakin hampir tetapi para pegawai kerajaan dan dua ADUN serta Ahli Parlimen, nampaknya selamba sahaja tidak begitu menghiraukan permasalahan yang sedang dihadapi rakyat.

"Sebagai pengerusi JKKK yang sering kali jadi sasaran dan mangsa keadaan kerana saban hari ada saja mereka jumpa kita minta itu dan ini. Tanya itu tanya ini, sedangkan saya bukan wakil rakyat, sekadar menerima elaun JKKK RM200 sebulan saja. Itupun hanya cukup untuk beli minyak motorsikal sahaja," keluh Mohd Pimpin lagi yang menagih perhatian Ketua Menteri Sabah.

Dalam perkembangan berkaitan, Wartawan Sabahkini.Net berkesempatan menemui Bendahari Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Labuk-Sugut merangkap Ahli Majlis Daerah Beluran, James Miki untuk meminta pandangannya mengenai kenyataan Pengerusi JKKK berhubung mengenai penyingkiran tersebut.

James berjanji akan membawa perkara ini kepengetahuan ADUN Labuk, Pejabat Daerah dan juga Ketua Bahagian UMNO Beluran agar perkara ini akan dapat diatasi segera untuk menyelesaikan masalah yang tertunggak tersebut.

"Kita tidak mahu sekiranya perkara ini terus berlarutan sehingga menjadi rumit dan isu kepada parti pembangkang yang sentiasa mencari apa saja kelemahan pentadbiran kerajaan khususnya BN," ujarnya.

Sabah Kini

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved