ads

Rabu, 13 Julai 2011

10 di tenom - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Kemudahan WiFi <b>di Tenom</b>

Posted: 13 Jul 2011 04:02 PM PDT

TENOM 13 Julai – Kawasan Parlimen Tenom akan menikmati kemudahan jalur lebar di bawah dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat melalui projek Kampung Tanpa Wayar dengan capaian kemudahan Internet tanpa wayar (WiFi).

Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyenaraikan kawasan berkenaan untuk dilaksanakan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

"Capaian WiFi melalui Kampung Tanpa Wayar akan dipasang di lokasi-lokasi strategik tertentu bagi membolehkan capaian Internet dapat dinikmati oleh penduduk luar bandar dan sekali gus bertujuan merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan komputer 1Malaysia kepada pelajar sekolah-sekolah menengah Parlimen Tenom di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi; Pengarah SKMM Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Bukhari Yahya; Pegawai Daerah Tenom, Siriman M. F Basir; Pegawai Pelajaran Daerah Tenom, Ajmal Jumah; ketua-ketua jabatan dan para pemimpin masyarakat.

Salang berkata, selain memberi keutamaan kepada kawasan kampung yang terpencil, capaian WiFi juga akan dilaksanakan di kawasan sekolah-sekolah menengah di kawasan ini bagi membolehkan capaian atau akses Internet yang meluas di kalangan pelajar.

Beliau mengakui, jurang digital antara bandar dan luar bandar merupakan antara isu yang sering diperdebatkan oleh wakil-wakil rakyat di Parlimen.

"Antara yang paling lantang ialah ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak termasuk Raime. Inilah bukti keprihatinan kerajaan, sekali gus membuahkan hasil daripada perjuangan dan suara mereka di sidang Dewan Rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Salang memberitahu, kerajaan terus komited terhadap kemudahan capaian telekomunikasi di Sabah, buktinya pada tahun ini sebanyak 212 menara pemancar telekomunikasi akan dibina di seluruh negeri termasuk di Tenom.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, setakat ini terdapat sebanyak 130 lokasi di Sabah yang telah mendapat kemudahan WiFi dan ia sudah pun beroperasi.

Beliau berkata, pada tahun ini sasaran Pelan Jalur Lebar Negara telah mencapai 58 peratus iaitu melebih sasaran 50 peratus yang ditetapkan dan di Sabah ia mencecah 30.3 peratus juga melebihi sasaran.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved