ads

Ahad, 10 Julai 2011

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Konsert Deff Gab C <b>di Tawau</b> | Puadede.Com

Posted: 10 Jul 2011 01:32 AM PDT

konsert-defgabc-tawau-6

MANTAP dan hebat, semoga Def Gab C akan terus bertahan lama dalam industri muzik tanahair. Tanpa semangat dan perjuangan seni daripada mereka, peminat muzik rock khususnya di Tawau pastinya akan sunyi sepi. Bukan memuji, tapi inilah kenyataan akan apa yang aku saksikan sepanjang keberadaan Def Gab C yang membuat konsertnya di Fire, semalam.

Saat aku menyiapkan entry ini, lagu-lagu yang dipersembahkan tadi masih terngiang-ngiang senikata dan iramanya. Kenapa? Kerana Def Gab C begitu dekat di hati peminat, layanan mereka terhadap peminat begitu mencuit hati. Untuk menyanyikan lagu popular mereka yang lama; cinta sakti, matamu merah, marilah maria, arigato, ibu kota cinta dengan mudah mendapat sorakan.

Apatah lagi untuk turut menyanyi bersama… Asheed sememangnya bijak memainkan peranan, interaksi bersama peminat tidak ada yang kelihatan kekok. Asheed bukanlah asing di kalangan peminat di Tawau kerana dia pernah turut membuat persembahan semasa Festival Kebudayaan Tawau, namun rakan Def Gab C yang lain, ini adalah pertama kali buat mereka semenjak 15 tahun Def Gab C ditubuhkan.

Lagu baru dari album Neolitic Def Gab C
Bertuahlah sangat apabila empat lagu baru dipersembahkan Def Gab C buat pertama kalinya dalam konsert itu iaitu lagu Cinta di mana, Rinai, Walaupun dan Tunggu aku. Menurut Eddy, album Neolitic akan dilancarkan pada akhir bulan ini dan meskipun begitu, selain dari konsert, peminat juga sudah boleh mendengarnya melalui corong radio. Ini disahkan oleh DJ Aziyan, seorang teman yang bekerja di Tawau FM.

Def Gab C akan tetap di hati peminatnya.

Jika JS Kevin masih ada, dia pasti akan berbangga dengan anak didiknya ini kerana meskipun menyepi selama hampir 5 tahun, lagu-lagunya masih mekar diingatan peminat. Malah, empat lagu baru yang diperdengarkan buat pertama kalinya di dalam konsert itu di Tawau sudah menjawab hala-tuju Def Gab C selepas ini. Def Gab C akan tetap mendapat sambutan kerana mereka adalah Def Gab C yang dikenali oleh peminatnya.

Meskipun Cha'a masuk menggantikan pemain gitar utama, Jemboo dan Atong menggantikan drummer Lee Space, ia bukanlah halangan untuk Def Gab C beraksi hebat. Keserasian dan kelebihan ahli baru itu menyuntik kehebatan Def Gab C untuk terus mekar dalam perjuangan seni muzik. Cha'a yang dahulunya dari Kumpulan Flop Poppy dan Atong dari underground band unik kerana kemampuan mereka mencipta dan mewarnai setiap lagu-lagu baru Def Gab C. Ini diakui sendiri anggota lama Def Gab C iaitu vokalistnya, Asheed dan juga Eddy (gitar bass)

Apa kata peminat Def Gab C di Tawau.

Ikon Entertainment yang bertanggungjawab membawa Def Gab C ke Tawau turut berbangga dengan pencapaian Def Gab C dan bagi pengurusnya, Encik Asdar Sulaiman, Def Gab C sememangnya band rock yang membuktikan mereka sebaris dengan kupulan rock ternama dalam industri.

"Memang tidak sia-sia membawa Def Gab C ke Tawau kerana mereka telah memberi yang terbaik dalam show," katanya ketika ditemui selepas konsert.

Dalam suasana leka berhibur, aku sempat merakamkan beberapa gambar Def Gab C dan aku sempat mencuri dengar perbualan;

"Punya best Asheed nyanyi, sama macam dalam CD. Album baru dorang ni mesti mau beli,"

"Belum keluar lagi album dorang, akhir bulan baru dijual. Kita bah yang pertama dengar dalam konsert lagu baru dorang ni,"

"Oh yakah. Cayalah…,"

Apa kata ibunda Atong, drummer Def Gab C.

Aku sempat bertemu dan bersalam dengan ibunda Atong, yang sanggup turun menyaksikan anaknya beraksi di pentas. Apa yang aku saksikan dan dengari, ibunda Atong sememangnya berbangga dengan apa yang dilakukan oleh anaknya itu.

"Meskipun Atong sudah lama tidak balik Tawau, kerinduan auntie kepadanya terubat malah begitu berbangga dengan Atong ini,"

"Dia masih seperti dulu, menghormati orang tua, tidak berkasar dengan adik-beradiknya, malah menghargai sokongan kawan-kawannya,"

Aiman, rakan Atong juga mengakui Atong tidak berubah.

"Atong tidak sombong, dia tidak berubah walaupun sudah pemes. Ada kawan yang kerja di shell juga kasitau, Atong yang tegurnya dulu, dia masih ingat semua kawan-kawannya,"

.

Fakta menarik mengenai Def Gab C

  1. Kesemua ahli Def Gab C boleh mencipta lagu.
  2. Asheed dan Eddy adalah anggota lama Def Gab C.
  3. Atong dan Cha'a adalah ahli baru Def Gab C.
  4. Kesemua ahli Def Gab C mempunyai PR yang baik dalam berkomunikasi.
  5. Untuk album Neolitic, Asheed telah mewarnakan rambutnya.
  6. Suara hati adalah gabungan lagu dari kesemua ahli Def Gab C manakala liriknya dari Asheed.
  7. Atong memerlukan 8 set stick drum setiap kali practise mahupun membuat konsert.
  8. Nama "Def Gab C" diilhamkan oleh JS Kevin yang diambil dari not lagu.
Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved