ads

Isnin, 11 Julai 2011

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Dia buat dah: Dua kes kolera dikesan <b>di Penampang</b>, Putatan bulan ini

Posted: 17 Apr 2011 06:32 PM PDT



KOTA KINABALU 17 April - Sebanyak dua kes kolera dikenalpasti berlaku di daerah Penampang dan Putatan pada bulan ini.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, ekoran itu Jabatan Kesihatan telah mengaktifkan bilik kawalan wabak kolera di kedua-dua daerah tersebut.
"Dua kes itu dikenalpasti di sebuah rumah kongsi projek pembinaan di Putatan dan di kampung Duvanson di Penampang.
"Jadi Jabatan Kesihatan telah mengaktifkan bilik gerakan bagi mengambil langkah pengawalan awal dan pencegahan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian kejohanan badminton remaja tertutup daerah Putatan di sini semalam.
Turut hadir Pegawai Kesihatan Penampang Dr. Mohd Saffree Jeffree dan Yang Dipertua Persatuan Badminton Daerah Putatan, Abd.Kahar Mohd.Zain.
Menurut Yahya, pada masa ini jabatan kesihatan sedang giat melakukan pemantauan di daerah berkenaan bagi mencegah penularan wabak kolera.
Katanya, antara langkah pencegahan termasuklah melakukan pemeriksaan di premis menjual makanan dan minuman di sekitar daerah itu.
Dalam pada itu Yahya berharap orang ramai tidak berasa bimbang kerana penularan wabak tersebut masih berada pada tahap terkawal.
"Bagaimanapun saya menasihatkan kepada orang ramai supaya sentiasa mengutamakan kebersihan khususnya dalam penyediaan makanan.
"Mana-mana individu diminta segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di hospital sekiranya mempunyai simptom cirit birit, muntah, sakit perut dan lemah badan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved